Bio Essence Rose Gold Water, Bio Essence, Rose Gold Water, Cara Guna, Essence Water, Rose Gold,

Rose Gold Water dari Bio Essence


"Eh, Cantiknya kotak ni." Itu reaksi aku pertama kali bila terpandang Rose Gold Water dari Bio Essence. Walaupun nama blog aku greenappleku tapi ada ketikanya aku terpikat juga dengan warna yang sweet macam ni. Ada diskaun untuk saiz 30ml Rose Gold Water dengan purchase with purchase di Watson.

Aku pilih tisu dan mineral water jenama Watson. Dapatlah beli  Rose Gold Water pada harga diskaun RM15++. Aku cuba yang saiz kecil dulu. Kalau tak ngam dengan kulit muka aku, taklah rasa ralat sangat.

Masuk hari ni, dah 7 hari aku guna Rose Gold Water. Pori-pori wajah makin mengecil, kulit muka soft and supple dan paling best makeup tahan lama. Aku guna 2 kali sehari. Sekali pada waktu pagi dan sekali lagi waktu malam sebelum nak tidur.

Aturan Guna


Siang
Cleansers, toner, eye cream, Rose Gold Water, pelembap, SPF

Malam
Cleansers, toner, eye cream, Rose Gold Water, night cream

Ye, aku skip serum. Gantikan dengan Rose Gold Water sebab serum dah habis. Just sapu semua ni sikit-sikit sebab kulit aku jenis kombinasi. Bau lembut lagi unik bunga ros Eijitsu buat aku teringat-ingat nak sapu. 

Aku google laman web Bio-Essence untuk ketahui manfaat dari essence water ni. Dan disini aku share dengan korang apa istimewanya Rose Gold Water.

Bio Essence Rose Gold Water, Bio Essence, Rose Gold Water, Cara Guna, Essence Water, Rose Gold,

YOUR 1ST BOTTLE OF ESSENCE WATER

Infused with unique Japanese rose extract – Eijitsu, helps to quench skin with much needed hydration and refine pores so that skin feels petal-soft and moistful.

Product Efficacies


HYDRATION – Moisture is constantly restored and locked into the skin for long hours to keep it well-hydrated while skin takes on a soft and supple radiance for a youthful complexion.

FINE LINES – Infused with 24K Bio-Gold which contains powerful anti-oxidant properties that help to slow down the formation of fine lines for youthful-looking skin.

PORE REDUCTION – Tightens enlarged pores and regulates moisture and sebum balance for fine and smooth skin.

Alhamdulillah, product ni ngam dengan kulit aku. Sebotol kecil aku rasa mampu bertahan lebih dari 2 bulan. 

Bio Essence Rose Gold Water, Bio Essence, Rose Gold Water, Cara Guna, Essence Water, Rose Gold,

Sebelum ini Bio-Essence ada keluarkan Gold Water. Gold Water sesuai untuk wanita yang berumur 30 tahun ke atas. Dan Rose Gold Water ni untuk girl yang berumur 20 tahun ke atas! Aku dah tersalah beli sebab tertarik dengan warna rose gold. But hey, jangan panik. Produk ni tetap berkesan dengan jayanya untuk aku yang dah terlebih umur. Akan terus guna hingga ke titisan terakhir. Tak baik membazirkan. 

Bio Essence Rose Gold Water, Bio Essence, Rose Gold Water, Cara Guna, Essence Water, Rose Gold,


80 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Fatin Shahrizam berkata…
Masuk masuk nampak jam dulu. Tak sempat baca tajuk sampai habis. Hehee
shazillahsani.com berkata…
Rose gold my fav color.. Hihihi
Izyan Balqis berkata…
hp IQ warna rose gold, hehehee! suka warna rose gold juga, tapi untuk gold water ni macam menarik jer.
Nurul Aziz berkata…
Agak-agak kalau umur 29 boleh pakai yang rose gold ni lagi tak? Hihihi. Thanks for the review btw. I plan to buy this.
EgStories berkata…
Wahidah Aziz. Boleh je. 😉
EgStories berkata…
Wahidah Aziz. Boleh je. 😉
Unknown berkata…
saya pon pakai ni sis, mula2 masuk watsons nak beli yg 24k gold water, tapi tkde. terpaksa ambik yg ni, tapi boleh tahan jugak Bagus yg ni. kulit saya nampak glowing je sis. mmg terbaiklah!
Hanaeyo berkata…
semalam baru usha dekat Watson harga betul2 sale sementara sales grab terus hahahaha... btw bbau dia pun wangi..
Unknown berkata…
Tertarikk nak beli jugaa 😍 girls, nk tnya. Kalau pkai pelembap. Cth skang aku pkai moisturiser cetaphil. So if Nk pkai rose gold water lps tu apply cetaphil plak blh ke?
EgStories berkata…
Fatin Farhan. Ye. Betul dah tu. Pakai Rose Gold Water, biar kering seketika then apply moisturiser. Eiza cadangkan apply sikit dulu. Tengok samada mereka serasi bersama. 😉
Unknown berkata…
Klu umur dh 30, sesuai yg mn 1...tolong bg contoh gambar sekali ..
Unknown berkata…
Klu umur dh 30, sesuai yg mn 1...tolong bg contoh gambar sekali ..
EgStories berkata…
Untuk yang umur 30 keatas, botol yang warna kunin/gold. Tepi botol warna rose gold. Ada dalam gambar yang disertakan.
Tanpa Nama berkata…
Sy bru 26 tp tersalah beli yg utk 30 thun.. boleh ke sy pakai je atau tak boleh
EgStories berkata…
Dah tersalah beli pakai je. Melainkan awak nak giveaway pada rakan or sis. Hahaha. Tapi sapu sikit-sikit je. Hope ianya memberi kebaikkan pada wajah awak.
Tanpa Nama berkata…
Lps pakai rose gold ni blh tetus make up tk?? Ke...nk kne basuh dlu baru blh make up.please explain
EgStories berkata…
Lepas pakai rose gold, pakai pelembap. Kemudian baru mula rutin makeup. Tak perlu basuh muka ya.
Tanpa Nama berkata…
Utk oily skin n open pori yg mn sesuai sis.plz recommend 4me
EgStories berkata…
Tanpa Nama, sorry for late reply. Saya guna Rose Gold Water yang warna pink. Sesuai untuk kulit oily dan open pores. Sebelum apply apa-apa skin care, pastikan wajah kita bersih. Baru senang produk nak serap ke kulit.
Pencuci wajah - toner - rose gold/serum - pelembap
Hope sesuai dengan kulit awak ye.
Tessa berkata…
Hai..nak tanya awk pkai toner n pencuci muka apa ya sblm guna rose gold water tu?tq in advance~
Mrs Faridatul berkata…
Salam sis .. masih guna produk bio essence lagi ke ? Sy sampai skrg masih gunakan produk ni lagi .. mmg puas hati pakai tp bertambah puas hati sb dpt beli semua produk keluaran bio essence ni murah dr mana2 tempat sb suami sy bekerja kt manufacturing bio essence ni.. so dptlah harga staf yg sgt berbaloi.. hihi .. sy fhm yg kt luar sana ada yg mengidam nk guna tapi fhm2lah mmg mahal..jadi klu sesiapa nak dptkan harga kilang, pm lah sy .. boleh sy tolong . 017-3919614 - sekadar membantu, sharing is caring ..
EgStories berkata…
Hai Tessa, saya guna pencuci muka Nano White dan Toner dari Simple. Kedua produk ni serasi dengan wajah saya. 😊
EgStories berkata…
Mrs Faridatul. Wow...thanks for sharing. Girls.. boleh PM Faridatul untuk borong product Bio Essence. Tak sabar nak cuba Facial Mist terbaru. Cantik botol baru tu. Tunggu yang sedia ada ni habis dulu.
Ayu berkata…
Yaka...sy dah 35 thn p pakai rose gold..silaplah maknanya..
Unknown berkata…
Akak yg 45 tahun pun pakai rose gold gak....sebab x perasan yg botol kuning tu tuk kulit veteran akak ni...xpelah as long as suits ngan kulit akak...gasak..ha haha
Unknown berkata…
Sy pakai nano white..utk essence sy pakai bio rose gold water ni..ok ke? Stakat ni sy ok..risau plak ada yg kata x boleh campur 😥
EgStories berkata…
Nur Bayu dan akak. Boleh je pakai kalau dah tersalah beli. Eiza pun kes tersalah beli dan ok je. Lawa sangat warna rose gold tu kan. Rambang mata dibuatnya.
EgStories berkata…
Unknown 6/11. Boleh je campur produk sebab tak semua produk lengkap jenama A sesuai dengan kulit kita. Macam eiza, pencuci muka jenama A best je ngan kulit. Tapi toner tak sesuai. So terpaksa guna jenama B. Dan isu ini dah di jelaskan oleh Puan Mary di fb page beliau.
Lisa Nalysa berkata…
Spray je ke Kat muka before make up pun boleh kan?
EgStories berkata…
Hai Nalisa, Rose Gold ni jenis essence. Sapu selepas toner. Dia bukan jenis spray.
Cikisyaa berkata…
Sesuai tak untuk kulit mcm sy ni jenis oily, tp sometime area T-zone kering, mslh sunburn, and naik jerawat pasir bnyk sgt... Mohon pncerahan step by step skincare
izzati jalalol berkata…
nak tanya awak pakai toner dengan moisturizer apa ye?
EgStories berkata…
Izzati Jalalol, terkini, eiza guna toner dan moisturizer jenama SIMPLE. Best juga toner dia sebab Hypoallergenic. Eiza perasan, parut jerawat hilang selepas 2 botol eiza gunakan toner SIMPLE. Nantilah nak share cite produk SIMPLE kat blog.
EgStories berkata…
Hai Cikisyaa. Eiza tak pasti ianya sesuai untuk kulit awak atau tak. Tapi eiza cadangan awak rawat sunburn terlebih dahulu.

Kulit muka yang sedang mengalami sunburn tidak sesuai untuk memakai skincare yang membuatkan kulit muka menjadi semakin kering. Elakkan juga memakai krim yang terlalu melekit dan kesat, ia akan membuatkan kulit anda menjadi semakin pedih. Cari skincare yang lembut pada kulit muka serta memberikan kelembapan pada kulit agar kulit lebih cepat mengalami proses pemulihan.
Aisyah Alisya berkata…
Saya pun pakai bio essence ni juga , memang best . Muka glowing je , parut cepat hilang .
Noor sahira berkata…
Umur 16 tahun bleh pakai x
Unknown berkata…
Kalau cleanser bio essence ok tak? Saya umur 20 tapi tersalah beli . Saya beli gold water lak. 😓
Guardian lg mrah dari Watsons bio asssence rose gold ni..
Unknown berkata…
Baru semalam beli bio essence rose gold nie...pakai dgn pencuci muka bio essence snail...harap2 ok laa dgn kulit muka..setakat pakai hari nie nampak pori2 mengecil...
Unknown berkata…
Klo umor 22 rose nie boleh pakai x ea
Unknown berkata…
Sensitif skin boleh ke pakai?
Unknown berkata…
Produk apa yang sesuai untuk kulit sensitif dan sunburn. .Saya perasan bila guna pelembap atau serum. .Kulit saya jadi kusam. ..
Unknown berkata…
Sy pun.guna kenapa menjadi gelap ...mgkin x sesuai dgn kulit say kot
EgStories berkata…
Kena rawat dulu masalah sunburn. Selagi masalah sunburn tak selesai, memang kulit akan nampak kusam.
EgStories berkata…
Essence ni pakai selepas toner. Kemudian sapu pelembap, sunblock.
Cuci muka + toner + essence + pelembap + sunblock.
EgStories berkata…
Waa...harap2 sesuai dengan awak lah. Hanya kita yang tahu jenis kulit kita kan.
EgStories berkata…
Not sure. Tapi kalau awak nak cuba, beli bekas kecil. Harga offer boleh dapat dalam RM15++. Kalau x sesuai, taklah ralat sangat.
EgStories berkata…
Ye dan sometime Watson ada buat PWP. Harga dalam RM15++. Eiza selalu borong PWP botol comel tu je. Hihihi...
Syarah Suhaimi berkata…
Kalau saya just pakai aloe vera then apply essence boleh ke tak eh?
Unknown berkata…
Kalau hanya pakai pencuci muka+bio+krim ok x
Suriee berkata…
kalau jenis muka berminyak dan kusam boleh pakai bio - 24k gold rose ni
az berkata…
Umur sis 40thn namun bila ramai ingatkan sis baru nak masuk 30thn kira range 29-30thn...meh sis share step sis jaga wajah sis
1.pencuci
2.scrub
3.toner
4.bio essence
5.pelembap
7 mlm sis ganti night cream

Yg penting step kat atas mesti selalu ikut tak kira brand apa yg serasi ngan kulit.. Dan kena pakai mask seminggu sekali... Sis tak makan kologen.sebab risau kesan kepada hati dan buah pinggang.dan sis kurangkan pengambilan garam dan gula. . Senaman kena selalu buat.. Nak cantik. .Luar dlm dalam kena ada disiplin okay. .
Hasilnya kita nampak muda.. Kulit sgt flawless tapi foundation dan bedak
EgStories berkata…
Hai Noor Sahira, umur 20 tahun nanti baru mula pakai essence mahupun serum. Sebab pada usia awak ni, pelembap dan spf sudah memadai.
EgStories berkata…
Cleanser nama apa. Sebab Bio Essence ada banyak jenis. Yang pasti, beli ikut jenis kulit wajah. Terbeli Gold Water? Alamak...hope okay dengan awak. Sorry for late reply.
EgStories berkata…
Not sure sebab sis tak pernah guna aloe vera. Essence ni kena pakai selepas sapu toner. Di ikuti dengan pelembap. Kalau aloe vera Sya Su tu sejenis pelembap, kena pakai essence dahulu.
EgStories berkata…
Ok juga. Tapi lebih baik pakai toner selepas cuci muka. Kemudian sapu bio essence. Lagi cepat dan sekata dia meresap.
EgStories berkata…
Az...betul dah step tu. Tak kira apa brand yang kita guna. Sesetengah brand mungkin okay dengan orang tapi tak okay dengan kita. Hanya kita yang kenal kulit kita. Tahniah Az. Keep it up!
EgStories berkata…
Sorry Suriee, sis tak boleh pastikan ianya sesuai ke tak dengan kulit berminyak dan kusam sebab sis jenis kulit kombinasi. Tapi kalau Suriee nak cuba juga, beli yang botol kecil. Beli masa promosi. Boleh dapat dalam RM13 ke RM15. Sapu sedikit dahulu. Tengok sesuai ke tak. Kalau tak sesuai, stop pakai. Guna selepas pakai toner ya. Nanti share dengan sis ya.
EgStories berkata…
Okay...dah tukar gambar jam tu.
EgStories berkata…
Kan. Lembut je warna dia.
EgStories berkata…
Eiza pula, kalau beli tudung pun...mesti tercari warna rose gold. Hahaha...
Unknown berkata…
Blh x kalau kita guna pencuci muka n toner jenama lain...lepastu kita pakai serum bio essence
Unknown berkata…
hai sis..klau da msalh kulit muka bermnyk n jerawat biji2 tu sesuai tak pkai??
Unknown berkata…
Lps cuci muka bru pki ke bio essence ni, maaf ty
Unknown berkata…
yang warna mana satu ya
Anak Perak berkata…
Memang berkesan pakai rose water ni. fine lines xde dah kat muka.rasa muda 10 tahun.ahahahahaha.
rizza_sakura berkata…
Muka saya berjerawat dan byk scar.. bolehke pakai bio essence ni. mana yg sesuai untuk saya.. umur 30 an..
EgStories berkata…
Boleh je awak.. Sis pun guna pencuci muka jenama lain, toner pun jenama lain.
EgStories berkata…
Lepas cuci muka, pakai toner dulu. Kemudian Bio Essence. Di ikuti dengan pelembap dan skincare seterusnya.
EgStories berkata…
Tahniah awak. Betul, fine lines tak berapa nak muncul sangat. Walaupun ianya makan masa, tapi berkesan.
EgStories berkata…
Untuk umur 30an, sepatutnya pakai Gold Water. Yang botol kuning tu. Tapi sebaiknya Rizza rawat masalah jerawat terlebih dahulu. Pernah guna tak pencuci muka Cetaphil? Beli yang khas untuk kulit oily. Bila jerawat dah kurang, baru Rizza cuba Bio essence. All the best Rizza.
Eirna Nurasikin berkata…
Eirna pun macam sis jgk. Terjebak masa beli barang kt Watsons. Masa tu PWP jgk. Tertarik nak cuba. Alhamdulilah, berkesan utk kulit Eirna yg ada masalah pori besar di pipi ni. Ramai org tegur kulit nampak lain. Hahhahaha..Mmg sesuai sgt dgn kulit Eirna yg sensitif ni.
Unknown berkata…
kalau dah guna bioessence x perlu guna serum ke..atau bole guna dua2.
Unknown berkata…
dah guna bioessence.perlu ke guna serum atau x perlu ya...
EgStories berkata…
Boleh je nak guna dua2.
wawa Azwa berkata…
Tak pernah try. Untuk yg dh 40s sesuai ke? Memang tau produk brand Bio Essence ni bagus. :)
yanie yusuf berkata…
bagus gak ni. kiranya kita tak perlu pakai serum pun tak pe kan
nona sani berkata…
Tak pernah try, maybe can try later..mcm best jeee
umifuzy berkata…
menarik juga produk ni
Terbaru Lebih lama