Resipi asal pancake ni aku jumpa dalam carian Google. Entah siapa ownernya sebab resipi dah sharing hingga ke beberapa generasi. Terima kasih kepada tuan punya resipi. Semoga rezeki sentiasa melimpah ruah.
Nama asal pancake ni pancake gebu ala Mekdi. Memang gebu kejadian dia. Suatu pagi tu, aku modified resipi ni. Susu segar aku gantikan dengan susu Lazz Strawberi. Tambah Instant Oatmeal Strawberries & Blueberries. Terus 3 keping sekali Hud hadap. Dia makan macam tu je dengan segelas susu Lazz Strawberi.
Wangi dari susu Lazz Strawberi dan instant oatmeal semasa pancake tengah masak... betul-betul menggoda. Tapi... sabar. Tunggu waktu berbuka. Satu adunan ni dapat dalam 7 ke 8 keping saiz sederhana. Aku buat S saiz. So dapat banyak keping. Jadilah kudapan untuk Hud. Kenyang lagi berkhasiat.
BAHAN-BAHAN🥞
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar baking powder
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
1 biji telur
2 cawan susu Lazz Strawberi
4 sudu besar mentega cair/minyak masak
1 sudu kecil esen vanila
2 pack Instant Oatmeal Strawberries & Blueberries
JOM BUAT PANCAKE😋
1. Satukan tepung, baking powder, garam dan gula.
2. Masukkan telur dan 1 cawan susu. Kacau perlahan dengan menggunakan whisk.
3. Masukkan mentega cair, esen vanila dan baki 1 cawan susu sedikit demi sedikit hingga sebati.
4. Taburkan Instant Oatmeal ke atas adunan dan whisk sebati.
5. Panaskan pan non-stick dan cedukkan 1 senduk adunan dalam pan.
5. Bila buih-buih dah keluar, terbalikkan pancake. Tunggu seketika supaya sebelah lagi pancake masak.
Sedikit info tentang Lazz Susu Kambing Lazz ialah minuman berasaskan susu kambing yang kurang manis dan tidak mengandungi bahan GMO. Selain itu, Lazz menggunakan sumber bahan bergred eksklusif dan 100% semulajadi. Ia sangat sesuai untuk semua peringkat umur daripada kanak kanak sehingga dewasa dan warga emas. Lazz juga sesuai dijadikan minuman alternatif pengganti minuman 3 dalam 1 harian yang lebih berkhasiat.
LazzCafe kegemaran aku. Aku campur dengan 2 sudu besar nestum. LazzCafe sesuai untuk ibu hamil, ibu menyusu, dewasa, pasangan ikhtiar hamil dan juga warga emas.
Nak Order Lazz Susu Strawberi? Senang jer. Hanya Whatsapps Nama & Lokasi di
Lazz Careline 1 : 018-2777290
Lazz Careline 2 : 016-2449722
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai produk Lazz Susu Kambing, sila layari laman tertera;
Facebook: LAZZ Susu Kambing
Instagram: lazzsusukambinghq
Website: lazz.my
Bestnya makan pencake letak pula dengan topping coklat. Favourite tu. lagi pancake yang gebu gemas ni, makan pun cepat kenyang
btw, saya singgah dan follow blog ni ya
Perkongsian yang menarik, jemput melawat blog sy jika berkelapangan :)
aida suka jugak buat lempeng ni.
tapi secara tradisional la. cicah sambal :)
guna susu Lazz ni, ohsem. susu yg berkualiti, kan.
salam kenalan dari saya, nak tanya ini, sudikah bertukar link blog dengan saya, kalau sudi sila comment di link ini....
https://www.oohsenyum.com/2017/03/bantu-blogger-yang-memerlukan-2020.html