Bukan satu bukan dua tapi 9 buah kereta Honda untuk di menangi sempena kempen "Road to 900,000th Unit Milestone." Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia Toichi Ishiyama berkata,
“Mereka yang bertuah akan memenangi Jazz, City, BR-V, HR-V, City Hybrid, HR-V Hybrid, Civic, CR-V and Accord.
“Ini adalah peluang kami untuk mengucapkan terima kasih kepada pelanggan yang membuatkan Honda menjadi No.1 dalam segmen kenderaan bukan nasional di Malaysia,”
Dengan kerjasama (Syok) Astro Radio, Tealive dan Unifi, peluang untuk bawa pulang sebuah kereta ‘The Power of Dream’, jadi semakin mudah. Peraduan berlangsung sehingga penghujung September. Sempat lagi korang nak join!
Pengalaman test drive 3 jenis kereta iaitu Honda CRV 1.5L Turbo, Honda HRV 1.5L Hybrid dan Honda Civic 1.5L Turbo menjadi moment terindah sepanjang aku bergelar blogger. Terima kasih kepada team Honda Malaysia kerana memberi peluang dan kepercayaan kepada 6 blogger dari Penang untuk memeriahkan kempen 'Terima Kasih 900K' Tugasan sehari suntuk yang santai dan padat dengan program menarik yang telah ditetapkan.
“Terima Kasih 900K”
Imbas kod QR ATAU layari : www.honda.com.my/microsite/900k
Langkah 2
Klik NEW ENTRY dan isi butiran anda,
Langkah 3
Klik Submit. Pengesahan melalui email akan dihantar. Jangan lupa semak.
Langkah 4
Kunjungi Pengedar Sah Honda berdekatan anda.
Langkah 5
Di Pengedar Sah Honda, imbas semula kod QR yang sama atau layari semula www.honda.com.my/microsite/900k
Langkah 6
Klik EXISTING ENTRY dan masukkan No. KP anda.
Langkah 7
Selesaikan salah satu atau kesemua aktiviti untuk mendapatkan e-ticket :-
- Cari lambang kereta yang tersembunyi dan tangkap gambar : +1 Penyertaan
- Pandu uji kereta Honda : +1 Penyertaan
- Tempah kereta Honda : +1 Penyertaan
- Daftar kereta Honda : +1 Penyertaan
- Pemilik Honda dalam tempoh 12 Bulan (Pernah Hantar Servis) : +1 Penyertaan
Langkah 8
Masukkan e-mel pengedar Honda
Langkah 9
E-tiket akan di e-melkan kepada anda atau minta wakil pengedar untuk cetak e-tiket.
Langkah 10
Hadiri Grand Finale pada hujung bulan September 2019
HADIAH
Cabutan #1 (Minggu Ketiga Ogos 2019) : Honda Civic 1.5 Turbo
Pemenang Pertama : Mohamad Adib Fida'iy Bin Mohamad Hanapi
Cabutan #2 (Minggu Kedua September 2019) : Honda HR-V 1.8L
Pemenang Kedua : Masih Belum Dimenangi
Cabutan #3 (Untuk Pemenang Tempat Ketiga hingga Keenam - Minggu Keempat September 2019)
Pemenang Ketiga : Honda BR-V 1.5L
Pemenang Keempat : Honda City 1.5L
Pemenang Kelima : Honda CR-V 1.5L Turbo
Pemenang Keenam : Honda Accord 2.0 VTi-L
TEALIVE X HONDA
ROAD TO BREAKTHROUGH CONTEST
Sempat aku bergambar kenangan untuk join peraduan. Manalah tahu terpilih sebagai pemenang. Puas minum Tealive untuk setahun.
Tempoh Peraduan
26 Ogos 2019 - 22 September 2019
Cara-cara
1. Ambil gambar bersama-sama minuman Tealive dan Tealive X Honda : Road to Breakthrough contest standee
2. Lengkapkan slogan tidak melebihi 90 patah perkataan, "Tealive and Honda are...."
3. Whatsap gambar dan slogan ke +60176194750 berserta Nama Penuh, No. Kad Pengenalan dan Alamat e-mail
Hadiah
Top 3 Mingguan : Finalist Hadiah Utama
Top 30 Mingguan : Bekalan Untuk 1 Tahun Tealive dan Finalist Hadiah Utama
Hadiah Utama : Sebuah Kereta Honda Jazz 1.5L
UNIFI X HONDA
21 Ogos 2019 - 20 September 2019
Cara-cara
1. Muat turun aplikasi MyUnifi
2. Kemaskini profile.
3. Jawab soalan mudah mengenai kempen dan klik sent.
4. Honda HR-V Hybrid mungkin menjadi milik anda!
Info Lanjut
SYOK X HONDA
Cara-cara
1. Log masuk ke website https://syok.my atau menggunakan aplikasi Syok di telefon mudah alih.
2. Masukkan slogan “Saya layak untuk memenangi sebuah kereta Honda kerana…”
3. Isikan butir peribadi dan klik HANTAR.
50 slogan terbaik akan disenarai pendek dan akan di jemput ke acara kemuncak yang akan berlangsung pada 28 September 2019. Siapa tahu andalah orang yang akan pandu pulang sebuah Honda City 1.5L Hybrid!
Info Lanjut
HONDA CR-V 1.5L TURBOCHARGED
SUPREMACY RETURNS! Memang best sangat bawa CR-V ni. Semakin best dengan kehadiran Honda SENSING, most Advance Safety Technology. Antara ciri keselamatan yang ada ialah Adaptive Cruise Control (ACC), Low Speed Follow (LSF), Forward Collision Warning (FCW), Collision Mitigation Braking System (CMBS) Lane Keep Assist System (LKAS), Road Departure Mitigation (RDM) dan Lane Departure Warning (LDW).
Semua system terkini yang ada buat pemanduan aku yang kali pertama bawa kereta besar, rasa selesa, enjoy, lancar dan terus rasa nak drive bawa pulang ke rumah. Steering akan vibrate dan alert untuk pastikan pemanduan sentiasa berada di dalam garisan jalan. Adaptive Cruise Control (ACC) untuk set kelajuan yang inginkan dan pemandu hanya perlu kawal steering. Fungsi ACC akan terbatal bila brake di tekan. Pemanduan menjadi lebih relaks dan santai.
HONDA HR-V 1.5L HYBRID
Hip, Smart Runabout Vehicle itulah Honda HR-V 1.5L Hybrid, yang dilengkapi dengan sistem innovatif Sport Hybrid iDCD (Intelligent Dual-Clutch Drive) System. Sport Mode pula dilengkapi dengan 7 kelajuan dual clutch membantu memastikan gear ditukar memberikan responsif yang lebih pantas dan pertukaran sangat lancar.
‘Trunk Space’ bonet yang luas dan besar. Rear Seat boleh di lipat untuk memberikan lebih ruang. Jika nak masukkan 2 biji basikal ataupun washing machine pun boleh. Tak mengecewakan sebagai family car.
HONDA CIVIC 1.5L VTEC TURBOCHARGED
Enjin 4 Cylinder, 16 Valve, DOHC VTEC TURBO dengan 1500 CC, Ride with Style sungguh kereta Honda Civic ni. Remote Enjin Start membolehkan enjin dan penghawa dingin dihidupkan menggunakan alat kawalan jauh dalam lingkungan 40 meter.
Salah satu ciri yang aku suka sebab sementara aku nak lilit tudung, pin sana sini…dapatlah system kereta get ready sementara tunggu aku siap sepenuhnya. Nak nak ketika perlu parking kereta di kawasan tidak berbumbung. Sambil menapak ke kereta, hidupkan ‘Remote Engin Start’ dari jauh. Sungguh menjimatkan masa. Bonet 519L Cargo Space memang muat nak isi barang hasil shooping.
Untuk info mengenai kereta, korang singgah laman web HONDA 'THE POWER OF DREAM'
Nak bukukan koleksi gambar travel dan kereta kesayangan? Simpan di Photobook dan jadikan sebagai rujukan, kenangan ataupun hadiah.
Nanti nk try jugaklah masuk peraduan ni..mana tau kot2 ada rezeki