Assalammualaikum and morning guys.
Time macam ni, sekitar jam 8:20, waktu aku kerja dulu... aku dah sampai dah kat office. Tengah update blog sambil bekfes. 😋
Sambil makan + menaip, nanti muncullah sorang demi sorang rakan pejabat. Dan aku akan bebel kat depa, kenapa lambat. Waktu kerja pukul 8:30, apa kes pukul 8:45-9:00 dan ada yang 9:30 baru muncul. Call pun tak untuk beritahu sebab kelewatan. Manalah tahu... kot-kot kenderaan rosak di tengah jalan ka. Bla..bla..dan bla... (mengalahkan cikgu disiplin punya soal) 😂
Terus aku cadangkan nak minta bos letak punch kad.🤣 Dan dah tentu ramai yang tak setuju dari setuju. Bukan apa, di sebabkan kelewatan, bila ada call dari pihak tertentu.. cari person incharge.. memang selamba aku jawap... tak sampai ke office lagi la.
Bos aku pula... memang sempoi. He said, semua dah jadi mak budak bapa budak dah. Dah tau halal haram pendapatan. Fuhh...deep tu. 😅 Dan dia memang seorang yang tenang dan pandang positif kat semua pekerja.
Aku bukan nak cerita yang aku ni seorang pekerja yang bagus. Tak. Tapi moralnya... bab masuk keluar kerja ni, masih ramai yang ambil ringan. Sebab... si A boleh je masuk lewat. Kenapa aku tak boleh? Dan jika inilah pendirian yang di pegang. Memang dah boleh nampak huru haranya situasi dalam pejabat.
Macam nilah, biarlah A, B sampai Z dengan sikap mereka. Kita? Ikut sahaja waktu masuk dan balik kerja seperti yang dah di persetujui. Jangan terikut-ikut dengan trend 'dia boleh, apasal aku tak boleh'.
InsyaAllah, kau akan rasa tenang. Pendapatan yang kau terima pun cukup je walaupun kau dok rasa macam tak cukup. 😅
Dalam sebulan jika sekali sekala terlewat tu... biasalah. Nak nak tiba-tiba kau terperangkap dalam jem sebab ada pokok tumbang, kemalangan, bateri kereta kong, tayar motor pancit dan bawa anak ke 7E sebagai upah sebab dia ke tadika.
Yang tak normalnya, kalau bab datang lewat.. orang sampai dah tak ambil kisah sebab dah tahu... ohh si D tu... dia pukul 10 nanti baru sampai office. Sama time dengan bos.
Thanks sebab sudi singgah dan baca perkongsian aku kali ni. 😉
tp betul, masa mmg memainkn peranan besar dlm kejayaan hidup. pandai manage,in sha allah mudah urusan...
Just think twice before you do, and make sure you do, you will not regret.
Live with pride and honour.
Good luck!