Tetiba tekak terasa nak makan ikan bakar, pari bakar, kerang rebus, sotong celup tepung, ketam bercili… tapi nak makan di tempat yang special? Kalau boleh nak makan di hotel? Bukan ngada-ngada tapi sekali sekala nak tukar view. Ha... jika tetiba tekak korang jadi macam tekak sis, korang boleh singgah di Vouk Hotel Suites, Penang.
Sehingga hujung tahun 2019, setiap
hari Jumaat dan Sabtu, bermula jam 7 malam hingga 10 malam, Chu Char Ikan Bakar
yang terletak di C’est Si Bon Restaurant adalah tempat yang boleh korang
singgah untuk menikmati pelbagai makanan laut pilihan.
Rambang mata di buatnya sebaik sahaja terpandang pelbagai jenis seafood seperti ikan, sotong, kerang, lala dan kepah. Ketam pun ada. Masih gigih bergerak walaupun dah terikat.
Sementara menanti lauk yang di pilih siap di masak, aku ke bahagian ‘Semi Buffet Dinner’ untuk menikmati Nasi Kukus, Soup of the day, Ulam, Potato Salad, Pasta Salad dan Pesto Salad. Buah-buahan dan pencuci mulut pun ada.
Three Flavoured Sauce Deep Fried Fish antara award winning Chef’s signature yang mesti korang cuba. Sedap. Aku sampai berulanglah ambil sos dia. Deep Fried Fish with Kerabu Salad, Ikan Bakar dan Garlic Butter Prawns adalah menu yang boleh korang cuba.
Selain seafood timbang, kalau nak Set Menu pun ada. Pilih ikut berapa ramai rakyat yang korang bawa. Untuk sebarang tempahan dan pertanyaan, korang bolehlah call nombor ni +60 4 370 8333
Set For 2 – 4 Person
( RM 88.00 )
Sea Bass
Mixed Vegetables
Omelette
Deep Fried Squid
Set For 6 – 8 Person
( RM 118.00)
Stingray and Sea Bass
Green Beans with Tofu
Thai Fried Egg
Deep Fried Squid
Set For 10 – 12 Person
( RM 158.00 )
Stingray and Sea Bass
Kam Heong Clams
Chinese Broccoli with Salted
Fish
Bistik Egg
Deep Fried Squid
57-G-3, Mansion One,
Jalan Sultan Ahmad Shah,
10050 Georgetown, Penang
Tel: +604 370 8333 Fax: +604 370 8300
Website: www.voukhotelsuites.com.my
Email: info@voukhotelsuites.com.my
FB #voukhotelsuites IG #voukhotelsuites