Ramai tidak sedar bahawa simptom seperti mata pedih, kabur sementara dan sakit kepala selepas bekerja sebenarnya tanda awal gangguan penglihatan digital. Pukul 9 pagi, skrin komputer baru dibuka. Menjelang tengah hari, mata mula pedih. Petang pula, kepala terasa berat dan fokus semakin hilang. Bagi ramai pekerja moden, rutin ini sudah menjadi kebiasaan harian. Ia tanda awal mata letih sebab komputer dan tekanan visual akibat penggunaan skrin berpanjangan.
Dalam dunia kerja digital hari ini, pekerja menghabiskan sekitar 8–12 jam sehari di hadapan skrin. Tanpa pengurusan visual yang betul, keadaan ini boleh menyebabkan Computer Vision Syndrome (CVS), rabun mata yang semakin teruk, serta masalah penglihatan yang menjejaskan produktiviti kerja.
Lebih serius, rabun yang tidak dikoreksi dan Computer Vision Syndrome (CVS) yang tidak dirawat boleh menjejaskan prestasi kerja, kesejahteraan mental dan produktiviti jangka panjang. Artikel ini menyediakan panduan ergonomik visual pejabat, rawatan mata dewasa dan strategi pencegahan untuk membantu mengekalkan produktiviti optimum.
Kenapa Rabun & CVS Menjejaskan Produktiviti?
Bayangkan cuba fokus pada kerja penting ketika mata terasa berat dan kabur. Otak ingin kekal fokus tetapi mata tidak lagi bekerjasama.
1. Mata Terpaksa Bekerja Lebih Keras
Rabun jauh atau rabun dekat memaksa otot fokus mata bekerja tanpa rehat. CVS pula menambah tekanan visual serta ketegangan pada otot leher dan bahu.
2. Fokus dan Kecekapan Menurun
Apabila mata cepat letih, perhatian mudah terganggu. Tugasan mengambil masa lebih lama untuk disiapkan.
3. Risiko Jangka Panjang
• Rabun progresif tanpa rawatan → penglihatan kabur kekal
• CVS berpanjangan → sakit kepala kronik, postur buruk & burnout
Kajian menunjukkan pekerja yang mengalami CVS dan rabun tidak dikoreksi boleh mengalami penurunan produktiviti sehingga 20–30% berbanding mereka yang menjaga kesihatan visual.
Computer Vision Syndrome (CVS) & Implikasi Jangka Panjang
Selepas berjam-jam menatap skrin, mata mula pedih dan berair. Ini bukan sekadar keletihan biasa. Ia mungkin tanda Computer Vision Syndrome (CVS).
CVS ialah kumpulan simptom akibat penggunaan skrin digital berpanjangan :
• Mata cepat letih
• Mata kering, pedih atau berair
• Penglihatan kabur sementara
• Sakit kepala & ketegangan leher/bahu
Jika tidak dikendalikan, CVS boleh menjejaskan penglihatan jangka panjang, menurunkan kualiti hidup dan prestasi kerja.
Visual Ergonomik Pejabat: Strategi Pencegahan
Perubahan kecil pada ruang kerja boleh memberi kesan besar kepada keselesaan visual harian.
1. Setup Skrin Ergonomik
Letakkan skrin pada jarak ±50–70 cm dari mata. Pastikan bahagian atas skrin sedikit di bawah paras mata untuk mengurangkan ketegangan leher.
2. Pencahayaan Seimbang
Elakkan silau daripada lampu atau tingkap. Sesuaikan kecerahan skrin dengan pencahayaan persekitaran.
3. Rehat Visual Berkala
Amalkan peraturan 20-20-20. Setiap 20 minit, lihat objek sejauh 20 kaki selama 20 saat. Aktiviti luar semasa rehat juga membantu mengurangkan tekanan visual.
4. Pemakanan & Hidrasi
Nutrien penting untuk kesihatan mata seperti Vitamin A, Omega-3 serta Lutein & Zeaxanthin. Minum air secukupnya untuk mengelakkan mata kering.
Peranan Optometris & Rawatan Mata Dewasa
Ramai hanya mendapatkan pemeriksaan mata apabila penglihatan menjadi kabur. Hakikatnya, pemeriksaan berkala membantu mencegah masalah lebih serius. Optometris berperanan untuk:
• Menilai kuasa penglihatan & fungsi fokus mata
• Mengenal pasti tanda rabun progresif & CVS
• Mencadangkan cermin mata ergonomik & rawatan khusus
• Membantu pekerja mengekalkan produktiviti & kesihatan visual jangka panjang
Tip profesional: Rawatan awal rabun dan strategi ergonomik visual boleh meningkatkan fokus, mengurangkan sakit kepala dan menaikkan produktiviti kerja.
Kesimpulan
Rabun dan CVS bukan sekadar isu kesihatan mata. Ia isu produktiviti dan kesejahteraan kerja dewasa. Dengan pemeriksaan mata berkala, setup visual ergonomik, rehat berkala dan rawatan profesional, pekerja boleh:
✔ Bekerja dengan lebih selesa & fokus
✔ Mengurangkan sakit kepala & keletihan mata
✔ Melindungi penglihatan jangka panjang
✔ Meningkatkan prestasi dan kesejahteraan kerja
Kesihatan mata hari ini menentukan produktiviti esok yang lebih baik.
Servis dan Kelebihan OPTOM Eyecare Kepada Pelanggan
Mata pelanggan akan diperiksa secara menyeluruh dari bahagian dalam dan belakang mata. Ada 4 langkah pemeriksaan mata dilakukan di OPTOM Eyecare. Melalui pemeriksaan ini, Optometris dapat mengenal pasti penyakit dihidapi oleh pelanggan.
Autorefractor- Mesin ini membantu Optometris menyaring power mata pesakit jika ada.
Phoropter- Mesin ini membantu Optometris menguji pelbagai jenis kerabunan termasuk ketahanan otot mata:
* Rabun Jauh
* Rabun dekat
* Rabun silau
* Juling
* Mata malas dll.
Mesin Diagnostik
Fundusskopi - cek saraf di bahagian retina, di belakang mata. Boleh tahu penyakit berkaitan mata seperti kencing manis, darah tinggi, tanda glaukoma yang boleh mengakibatkan buta.
Slit lamp - cek kanta di bahagian depan mata. Boleh tahu keadaan semasa struktur mata seperti iris, kornea dan lensa dalam mata. Pemeriksaan ini boleh bantu kesan masalah selaput katarak atau tak.
Selepas mata diperiksa, Optometris akan menerangkan keadaan mata dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk penjagaan mata. Jika keadaan memerlukan, Optometris akan refer anda ke hospital.
Giveaway
Sebagai sebahagian daripada Kempen Kesedaran Risiko Buta Tanpa Sedar Kanak-kanak Optom menawarkan
Hadiah Giveaway
1. Sepasang Kanta Premium, sebuah Cermin Mata Preskripsi bernilai satu ribu ringgit untuk seorang peserta dan
2. Sepasang Kanta Khas, sebuah Cermin Mata untuk seorang kanak-kanak terpilih yang anda sponsor menerusi giveaway kali ini.
Cara Penyertaan
1. Sediakan content ringkas mengenai Giveaway kanak-kanak yang mempunyai masalah penglihatan seperti juling.
2. Kanak-kanak yang terpilih selepas tamat tempoh Giveway akan dihadiahkan cermin mata khas.
3. Manakala peserta giveaway pula bakal mendapat sepasang Kanta Premium untuk sebuah Cermin Mata Preskripsi.
4. Jangan lupa tag link kepada 5 orang rakan di saluran sosial media ( Facebook, Instagram dan TikTok) bagi melengkapkan syarat penyertaan.
5. T&C apply.
Polisi Giveaway
1. Objektif
• Meningkatkan kesedaran tentang buta tanpa sedar
• Mengalakkan pemeriksaan mata awal
• Membantu kanak-kanak yang memerlukan rawatan visual.
2. Saringan & Penilaian
• Peserta giveway yang terpilih wajib menjalani pemeriksaan mata komprehensif atau sekurang-kurangnya mempunyai rekod rawatan 3 bulan terkini bagi penerima sponsor.
• Penerima sponsor akan mejalani beberapa saringan untuk kepastian.
3. Skop Terapi
• Jenis kanta functional yang bakal diterima adalah berrdasarkan kes.
• Hanya melibatkan SOP terapi oleh Optometris bertauliah sahaja. Tidak melibatkan pembedahan, kos rawatan luar daripada skop klinikal optometris.
4. Pemilihan Pemenang
• Keperluan klinikal
• Potensi kebekesanan terapi.
• Keputusan adalah muktamad.
5. Etika & Privasi
• Semua maklumat kesihatan penerima sponsor dan peserta giveaway dirahsiakan
• Sebarang perkongsian media memerlukan kebenaran bertulis ibu bapa.
Tentang Optom
Optom Eyecare ialah sebuah pusat pemeriksaan mata profesional yang terletak di Seksyen 8, Bandar Baru Bangi dan telah beroperasi sejak tahun 2021.
Kedai cermin mata serta pusat optometri klinikal yang menggabungkan kepakaran optometris berdaftar dengan teknologi saringan moden, bagi memastikan setiap pesakit menerima penilaian penglihatan yang tepat dan menyeluruh.
Optom Eyecare Bangi
No. 37, Jalan 8/1,
Seksyen 8, Bandar Baru Bangi,
43650, Selangor, Malaysia.
Call Us
(+60) 11-1147 9093
Website : https://optom.com.my/
Instagram : www.instagram.com/optombangi
Facebook: www.facebook.com/optombangi
Tiktok : https://www.tiktok.com/@optomeyecare
Bacaan Lanjut : Boleh Bagi Anak Guna Gajet, Asalkan Mata Mereka Dilindungi




