Nak elak anak guna gajet agak sukar dah sejak PdPR dilaksanakan. Masa tu kita tiada pilihan lain. Dan itu pilihan terbaik demi pembelajaran anak ketika penularan Covid19 mash belum reda.
Sedar tak sedar, dah 2 tahun kita terpaksa benarkan anak guna gajet untuk belajar. Kelas PdPR Hud, cikgu akan bagi kerja sekolah melalui WhatsApp. Ada subjek kena jawap kuiz. Ada subjek yang kena tonton YouTube kemudian buat latihan di mukasurat tertentu.
Habis kelas online memang aku tak benarkan Hud guna handphone. Biarlah dia rehatkan mata. Sebab aku risau kesannya dikemudian hari. Selain dari rehatkan mata, ada pelbagai cara dan tips penjagaan mata yang dikongsikan oleh Dr Mohd Hafidz Ithnin, Pakar Mata di Optom Eyecare.
Menurut kajian, hampir kesemua orang menggunakan handphone bagi kegunaan harian termasuklah anak-anak kita. Data terkini bagi anak-anak yang berusia 12 tahun ke atas, kebanyakkan mereka habiskan masa lebih dari 3 jam menggunakan gajet.
Biasanya mereka tengok video samada di youtube atau tik tok. Ada juga yang bermain game seperti Mobile Legend, Robloc, PUBG dan lain-lain. Bayangkan apa risiko yang mereka hadapi.
Tahukah kita kesan penggunaan gajet yang lama boleh menyebabkan masalah pada mata.
Kesan Penggunaan Gajet Pada Mata
Penggunaan gajet lebih dari 3 jam akan memberi kesan ada mata anak anak. Antara kesan kesannya adalah;
Peningkatan Power Spek Mata
Ini akan berlaku kalau anak kita dah mula pakai spek mata. Jika tidak dikawal, makin lama makin banyak peningkatan power spek. Pengembangan bola mata berlaku dan saraf di belakang mata akan koyak. Saraf belakang mata koyak ini akan menyebabkan mata menjadi buta.
Otot Fokus Mata Yang Tidak Stabil
Kanta dalam mata kita ibarat macam kanta dalam sebuah kamera. Cuba bayangkan bila kita selalu hadap gajet terlalu lama dan terlalu fokus akan sampai satu ketika mata akan jadi kabur. Otot fokus mata menjadi tidak stabil dan akan ambil masa untuk kembali ok.
Mata Cepat Penat
Mata akan jadi cepat penat dan tak boleh di kawal akibat terlalu aktif sangat dengan gajet contohnya main game. Bila main game mata akan fokus pada game dan tidak teralih ke tempat lain.
Juling
Pengalaman Dr Hafidz sendiri dengan pesakitnya yang berusia 14 tahun yang mempunyai mata juling disebabkan main game PUBG 5 jam sehari dan adakalanya lebih. Lama kelamaan menjadikan auto fokus tak terkawal.
Tak sangkakan, dengan gajet penyebab mata jadi juling. Juling boleh dirawat, tapi ambil masa selama 6 bulan hingga setahun jika kes tak serius.
Susah Nak tidur (insomnia)
Bila dah mengadap gajet terlalu lama, akan menyebabkan seseorang itu susah tidur. Badan kita akan terlalu penat dan ganggu penghasilan hormon tidur.
Bagaimana Nak Jaga Mata Tanpa Meninggalkan Gajet
Doktor Mohd Hafidz Ithnin turut berkongsi beberapa tips yang boleh digunakan untuk jaga mata tanpa meninggalkan gajet.
Berehat sebentar dan boleh sambung semula penggunaan gajet
Penggunaan gajet perlu dihadkan paling maksimum sejam. Lepas tu, rehatkan mata dalam masa 15 minit. Boleh la minta anak bantu kemas rumah. Macam Hud,dia memang seronok dapat tolong sapu sampah atau kemas rumah. Terasa diri dia dah dewasa.
Cara lain, ibu bapa boleh pasang alarm untuk bagi memberhentikan penggunaan gajet. Ini amat berguna jika dalam masa yang sama, kita ada kerja yang perlu disiapkan. Terlupa anak dah terlebih masa hadap gajet.
Galakkan aktiviti luar rumah
Satu aktiviti yang sangat bagus dilakukan. Jika situasi mengizinkan, Hud suka berbasikal keliling taman bersama abah dan kakak dia.
Atau pun bermain badminton di halaman rumah. Paling tak dia main kejar-kejar keluar masuk rumah dengan sibulus, Coco dan Oyen.
Kanta khas untuk penggunaan gajet
Kadang kadang anak anak kita ni bila dah terdedah pada gajet diaorang akan leka dan seronok dengan gajet. Bagi mengelakkan masalah pada mata anak anak seeloknya gunakan kanta khas untuk penggunan gajet.
Penggunaan kanta penapis warna biru
Pastikan juga penggunaan kanta penapis berwarna biru atau blue light filter supaya cahaya biru tak masuk terus ke mata anak kita.
Aku sendiri memang on blue light filter di smartphone bagi mengelakkan mata terdedah pada cahaya biru.
Beri ganjaran pada anak
Ini satu teknik yang boleh ibubapa terapkan pada anak-anak. Menurut Doktor Mohd Hafidz Ithnin dalam perkongsiannya, sebagai ibubapa kita boleh bagi insiatif pada anak.
Contohnya kalau anak behave tak guna gajet selepas tamat waktu belajar, kita hadiahkan buku lukisan, komik, mainan atau makanan kegemaran.
Terkini!
OPTOM Eyecare sedang menawarkan perkhidmatan rawatan khas untuk kanak-kanak iaitu Kiddos Eyecare.
Mereka membuat pemeriksaan mata kanak-kanak pada 11/12/2021 ini bersama Dr Mohd Hafidz Ithnin. Jadi ambillah kesempatan ini bawa anak-anak ke sana.
OPTOM Eyecare Bangi
Alamat : No. 37 Jalan 8/1, Seksyen 8,
Bandar Baru Bangi,
43650 Bangi, Selangor
(Berdekatan Marrybrown)
Waktu Operasi : 9.00 am - 8.00pm (Setiap Hari)
Website : https://optom.com.my/
Instagram : www.instagram.com/optombangi