Setiap kali melihat baju raya corak klasik tradisional, terus bawa aku balik ke zaman 90an. Corak motif bunga besar, warna lembut pastel, simple, manis, sopan dan tak terlalu moden ni memang 90an vibe. Dulu... ketika aku kanak-kanak ikut mak ayah shopping baju raya di pekan. Pilih baju dengan penuh teruja, berdiri depan cermin sambil gayakan dan rasa paling istimewa hari itu. Itulah memori raya yang tak pernah padam.

Keluarga membeli baju raya corak klasik tradisional di kedai pakaian suasana 90an

Kini Giliran Kita Cipta Memori Raya

Kini giliran kita dan pasangan memilih persalinan raya untuk anak-anak. Pilih baju melayu, sampin, songkok, baju kurung, baju kebaya, tudung dan selendang. Anak-anak kelihatan over excited. Dan sebenarnya kita juga turut sama teruja. Inilah kitaran indah sebuah keluarga.

Daripada anak kecil yang dipilihkan baju raya, kini menjadi ibu ayah yang mencipta kenangan baharu. Dan semua itu bermula dengan satu persalinan yang membawa makna.

Suasana Kampung Yang Sentiasa Dirindukan

Balik kampung tetap menjadi detik paling dinanti setiap tahun. Aroma ketupat dan rendang dari dapur. Gelak tawa saudara-mara berkongsi cerita memenuhi ruang tamu. Anak-anak berlari dan bermain di halaman.

Suasana hari raya zaman 90an di rumah kayu tradisional dengan ketupat, rendang dan biskut raya dalam balang kaca

Walau zaman berubah, suasana raya di kampung tetap memberikan rasa yang sama. Hangat, dekat dan penuh kasih. Inilah semangat yang sentiasa dalam ingatan.

Koleksi Hari-Hari Raya 2026 : Inspirasi Klasik Tradisional

Sempena musim perayaan ini, Pusat Pakaian Hari-Hari membawa koleksi Raya 2026 yang diinspirasikan dari corak klasik tradisional dengan sentuhan moden. Cantik dan rambang mata juga nak buat pilihan. Antara keistimewaan koleksi kali ini...

  • Rekaan klasik yang membangkitkan nostalgia
  • Fabrik selesa untuk dipakai sepanjang hari
  • Sesuai untuk sesi bergambar keluarga dan kunjungan Raya
  • Pilihan untuk keluarga dan kanak-kanak
  • Koleksi direka untuk membantu setiap keluarga menghidupkan kembali memori raya seperti dulu-dulu
Pusat Pakaian Hari Hari membawa koleksi raya 2026 diinspirasikan dari corak klasik tradisional

Promosi Raya Bermula 21 Febuari 2026

Bagi memeriahkan lagi sambutan, nikmati promosi istimewa freegift paket raya untuk pembelian RM120 dan ke atas. Freegift woven bag untuk pembelian RM200 dan ke atas. Selain itu, terdapat juga jualan clear stock baju Raya dengan harga bermula dari RM5, RM10 dan RM25. Promosi sementara stok masih ada.

Raya Bukan Sekadar Tradisi, Tetapi Cerita Yang Bersambung

Raya adalah tentang cerita yang tidak pernah terhenti. Cerita tentang ibu bapa yang dulu membawa kita membeli baju raya. Kini, kita pula membawa anak-anak mengulang kenangan yang sama. Keran pada akhirnya, yang menjadikan raya itu bermakna bukanlah harga pakaian tetapi siapa yang ada di sisi kita. Tak sempat nak shopping? Jangan risau, boleh beli secara online di www.hari.com.my atau yang nak cari lokasi kedai terdekat, boleh klik https://hari.com.my/locator/

Post a Comment

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama