Ini semua kerana facebook punya angkara. Greenappleku ada facebook tetapi hanya khas untuk rakan seperkolahan sahaja. Itu tujuan utama saya create facebook, untuk menjaga tali persahabatan agar tidak terputus dan terus senyap sunyi tanpa khabar berita.

Jarak yang beribu batu kini berada di hujung jari anda. Dengan satu klik, anda telah mendapat tahu status terkini rakan anda samada dia baru menyambut hari lahirnya hatta baru beli rumah baru ataupun sedang bercuti di luar negara. Sila jangan salah gunakan  facebook yer.  

Dan  yang 'awesome'nya hingga ke hari ini, facebook saya kekal untuk rakan sekolah sahaja. (ehm, adalah beberapa rakan niaga dan rakan blogger yang tersenarai. Hanya beberapa. huhu..)

Pada suatu hari, saya menerima satu soalan dari seorang rakan sekolah yang telah lama terpisah. Memang jejak kasih mood untuk saat itu. Dia terkejut dan tidak sangka dan percaya, ini adalah greenappleku yang dikenalinya.

" Sejak bila bertudung nih. Memang terkejut dan you are totally berbeza. Tapikan sejujurnyer, you look more beautiful jika tidak bertudung. I loikee. "

Haha..banyaklah kamu punya loikee. Aku yang tidak loikee. Aku rimas setiap kali jalan-jalan dalam shopping kompleks, ada saja siulan nakal yang aku terima. Ditempat kerja (sementara tunggu keputusan SPM keluar zaman dulu-dulu) setakat hadiah cekelat dan bunga dari secret admire tu, sampai tahap bosan aku menerima nyer.

Belum lagi adegan di hentian bas, ada jer yang tanya, sekarang dah jam berapa walaupun ada handphone di tangan. Dan bila aku lepak makan-makan, ada pula yang offer nak hantar balik rumah. 

" Dik, jom abang hantar pulang. Tinggal mana ni? Abang ada motor tau."

" Hek eleh, ada aku kisah. Kau ada motor, aku ada kereta ler."

" Wa..tak baik sombong tau adik. "

" Bukan sombong tapi saya rasa satu kerja bodoh, dah ada kereta sendiri buat apa nak tumpang motor lak."

Selepas kejadian itu, aku tekad untuk bertudung. Dan alhamdulillah, sejak tudung menjadi pilihan ku, tiada lagi siulan nakal, tiada lagi pertanyaan tentang jam berapa dan tiada lagi yang bermurah hati untuk hantar saya pulang.

Bertudung ada hikmahnya yang tersendiri. Penyelamat maruah seorang wanita. Namun biarlah bertudung kena dengan cara kita berpakaian mengikut apa yang sepatutnya. Semua orang tahu apa itu yang sepatutnya namun ada juga yang malas untuk menerima realiti ini.


26 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Mylady berkata…
Anda kelihatan lebih ayu dan sopan giteewww bila bertudung..hehehe..
tia @ Ini Kisah Tia berkata…
betul . tapi ada juga yang bertudung ni masih mengundang siulan-siulan nakal . tapi yang tu untuk kategori bertudung tadi masih mendedahkan bentuk badan . pakai baju sendat dan singkat ..
bersama kak Es berkata…
sangat bangga dengan kenyataan BERTUDUNG MEMELIHARA MARUAH :)

~ moga kita istiqomah
Areyoudys berkata…
as salam..

▂ ▃ ▅ ▆ 100%
─▀██▀───▀██▀─▀██──██─▀██▀▀ ▀─
──██─────██───██▄█▀───██▄█───
──██─────██───██▀█▄───██▀█───
─▄██▄▄█─▄██▄─▄██──██─▄██▄▄ ▄

adei..bahaya sungguh godaan kawan akak. hehe~ yup. bertudung yang dilakukan mengikut syariat dan bukan ikutan, insya'Allah selamat dunia akhirat

oo..saya da dua akaun fb. satu khas macam akak punya. satu lagi, khas untuk kawan2 dunia virtual =)

entri terbaru dan baru pakcik :

1)Kilauan Emas Boleh Membutakan Mata..greenaplleku pun tak terkecuali kalau leka. huhu

2) kerap melayari internet boleh menyebabkan penyakit Arthritis. tu belum campur osteoporosis bila dah tua ya~

terima kasih..huhu~ =)
Tanpa Nama berkata…
x paham, ada stengah org bertudung, tp ade certain occasion die bukak. den bangge plak tu post masuk fb lah, ape lah. tak paham, ape perlu bertudung? ye paham kubur memasing, tp ape niat nk tunjuk suma bebagai, nak2 lagi yg dah kawen, beranak pinak... konpius
EgStories berkata…
@ My lady, awak pun apa kurangnyer, maintain comel..i loikeee... huhu..
EgStories berkata…
@ tia, setuju ngan komen awak. tak perlah mereka tak rimas. suke ler tu menjadi perhatian ramai.
EgStories berkata…
@ bersama kak es, hehe..KERANA DIRI KITA BEGITU BERHARGA..
EgStories berkata…
@ Fadzli, ...(dah tahu nama awak..hehe..) tq for your komen. Tak nak buat 2 fb sebab tak terup date rasanyer...
EgStories berkata…
@ tanpa nama, itu ikut-ikut tan tanpa merujuk quran dan hadis. (sapa awak ni yer??? Misteri bebenar..)
yusri berkata…
alhamdullh perubahan yang baik...
Tanpa Nama berkata…
salam kenal...bertudung sbnrnya lebih manis dan ayu..semoga ia akan kekal begitu hingga akhir hayat :)
man yusoef berkata…
baguslah tu. Alhamdulillah...pompuan pakai tudung lebih sweet..hihi
EgStories berkata…
@ yusri, bila cikgu komen di blog saya..hehe.. lama tak dpt komen dari cikgu. Pergi bercuti ker cikgu..
EgStories berkata…
@ Fitri, salam perkenalan dari saya juga..
EgStories berkata…
@ man, salam perkenalan dari saya. TQ sebab sudi komen. Sok lusa singgah lagi yer..huhu..
Tanpa Nama berkata…
lagu mana pulak yg bertudung ikut suka hati@ on&off ? ikut environment kot ?... nauzubillah...

ASCA
KhairulZamanKhobin berkata…
bertudung itu lebih indah bagi seorang muslimah... : NORA ELENA ajar cara CAPTURE SKRIN lebih luas…
hOney n' cLOver berkata…
gadis yg comel adalah gadis yg tahu mengayakan tdungnya...hehe..suka gadis comel bertudung...^__^
ewanthology berkata…
hai...

jom minum jus epal

keh keh keh
EgStories berkata…
@ ASCA, memang ikut sukati jer..
EgStories berkata…
@ OPM, tapi ada yang kata tak up to date..tak stylo..herm, ada aku kisah?
EgStories berkata…
@ Honey, awak pun comel gak. hehe..
EgStories berkata…
@ delarocha, jom, awak minum di sana, saya minum di sini. Janji kita minum jus epal. hehe..
Tanpa Nama berkata…
Bagusnya bertudung sebab nak memelihara kehormatan diri.
Ade perempuan lagi suka disiul dan dingorat.
Bajet hot kalau kluar ngan kengkawan yang lain.

Lagi nak buka dan tunjuk segala yg ada...
ftrhd berkata…
Tahniah sebab dah bertudung.. nak share boleh??
Terbaru Lebih lama