Cara lawan malas solat dan manfaat solat dari sudut sains dan spiritual Islam.

Satu hari aku termenung depan sejadah. Dah ambil wudhu, tapi tak tergerak hati nak berdiri. Saat tu juga, pelbagai masalah dunia muncul minta penyelesaian segera. Walhal boleh je masalah tu tunggu selepas solat yang tak berapa minit.

Ada kalanya bila Subuh tinggal beberapa minit je lagi, badan pula terasa berat sangat. Mata bagai di gam. Walhal semalam kau dah tidur awal. Bukan sebab rasa malas tapi mungkin ini kerja syaitan yang tak pernah putus asa menguji. 

Kalau kau pernah rasa benda yang sama, kau tak keseorangan. Aku pun pernah alami. Dan ramai lagi yang masih struggle, cuma kita kena tak putus asa betulkan niat mohon Allah mudahkan urusan ibadah wajib kita.

Kenapa Kita Rasa Malas Nak Solat?

Antara sebabnya:

  • Kita penat – fizikal dan mental
  • Hati kita tengah kecewa, terluka atau kotor dengan dosa
  • Kita terlalu sibuk kejar dunia sampai lupa ‘rehatkan’ jiwa
  • Solat jadi rutin, bukan lagi hubungan

Dan aku sedar satu benda. Kadang bila hati rasa paling jauh, seperti ada perkara yang belum selesai, itu sebenarnya waktu paling kita perlu menunaikan solat.

Solat: Penawar Yang Kita Tak Sedar Kita Perlukan

Dari sudut spiritual

  • Solat lembutkan hati yang keras sebab dunia
  • Dalam sujud, kita lepaskan semua yang kita tak mampu pegang
  • Setiap kali kita solat, kita “check-in” semula dengan Tuhan

Dari sudut sains

  • Rukuk dan sujud bantu aliran darah dan tenangkan sistem saraf
  • Solat bantu turunkan hormon stres seperti kortisol
  • Fokus masa solat = latihan ‘mindfulness’ terbaik

Solat bukan sekadar ibadah. Ia adalah rehat sebentar untuk jiwa. Setiap kali selepas selesai solat, rasa terbang hilang gelisah dihati.

10 Cara Nak Lawan Rasa Malas Solat – Aku Cuba, Dan Kau Pun Pasti Boleh

  1. Set niat dari pagi – “Aku nak jaga solat aku hari ni.”
  2. Bila dengar azan, terus ambil wudhu – jangan tangguh atau tunggu mood datang.
  3. Ingat: solat dulu, baru rasa tenang akan menyusul
  4. Buat tempat solat selesa – walau sudut atau ruang kecil, hati rasa tenang bila pijak sejadah.
  5. Baca balik kisah orang yang tak pernah tinggal solat walau susah
  6. Pasang azan penuh di telefon – biar hati terusik dengan seruan azan.
  7. Solat berjemaah kalau boleh – semangat tu datang bila kita tak seorang
  8. Jangan hukum diri bila tersasar – belajar, bukan putus asa
  9. Doa, doa, doa – minta Allah lembutkan hati, beri kekuatan
  10. Tulis perasaan lepas solat – aku sendiri rasa ringan dan terbang semua rasa gelisah bila mula buat macam ni

Allah Tak Pernah Letih Tunggu Kita Kembali

Kita yang kadang-kadang terbit rasa malas ni… sebenarnya kita tengah rindu Allah SWT. Kita cuma tak tahu nak mula dari mana. Macam mana. Tapi kalau kau masih terbaca sampai sini, itu tanda hati kau belum mati.

Solat tu bukan untuk orang yang sempurna. Solat tu untuk kita – yang banyak lompong, banyak luka dan tengah cuba.

Salam Jumaat dari aku di EgStories. Moga kau dan aku perlahan-lahan jatuh cinta dan rindu semula pada sujud.


Tags: motivasi islam, malas solat, tips istiqamah, healing dengan solat, tazkirah jiwa, egstories

Post a Comment

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama