Sebagai orang luar yang tinggal di Pulau Pinang, ada ketikanya tempat tinggal aku hadapi gangguan bekalan air terputus di sebabkan paip pecah atau kerja baikpulih berjadual. Jika kerja baikpulih tu perlukan beberapa hari untuk siap, PBA akan maklumkan melalui media sosial untuk kami buat persiapan.
Tapi tidaklah sekerap orang Selangor. Bila tengok kawan-kawan dan media sosial update pasal bekalan air terputus, simpan air dalam baldi, tekanan air tak stabil, warna air keruh ya amat, aku pun turut terasa penat untuk diorang. Dah tahun 2025, tapi masalah asas macam ni masih berulang?
Aku percaya bila rakyat dah mula bersuara, ada sebab yang perlu diambil serius. Jadi dalam entri kali ni, aku nak kongsi beberapa isu yang boleh kita fikirkan bersama tentang bagaimana Air Selangor diurus, terutama sejak CEO baru ambil alih tahun lepas. Bukan nak cakap kosong, tapi kalau benda yang sama asyik berulang, kita memang ada hak untuk tanya dan siapa yang patut bertanggungjawab?
1. Gangguan Bekalan Air yang Berterusan
23 Julai 2024: gangguan bekalan air tak berjadual melibatkan tujuh kawasan utama. Punca? Pencemaran bau di Sungai Kundang dan Sungai Sembah. Empat loji terpaksa dihentikan. Ini bukti kegagalan menangani pencemaran dari awal.
2. Isu Komunikasi dan Kepercayaan Pelanggan
Tanda merah pemotongan air dengan QR code yang dikatakan bawa ke laman phishing menimbulkan panik. Walaupun Air Selangor buat penjelasan, kepercayaan pengguna tetap terjejas.
3. Kestabilan Kepimpinan dan Pertikaian Dalaman
Bekas CEO letak jawatan sebab isu tarif. Kini, jika perkara sama berulang, ia petunjuk krisis dalaman belum selesai.
4. Kemapanan Kewangan dan Pelarasan Tarif
CEO baharu cadang pelaburan swasta. Tapi apakah ini bermakna tarif air akan naik? Siapa yang akan tanggung?
5. Cabaran Alam Sekitar dan Operasi
Pencemaran yang menjejaskan loji air menunjukkan kelemahan dalam penguatkuasaan dan pengurusan sumber.
6. Potensi Penyelewengan Dana atau Perbelanjaan Berlebihan
Sebagai GLC, isu perbelanjaan berlebihan atau salah guna kuasa sentiasa jadi persoalan. Lebih-lebih lagi bila servis tak setimpal dengan kos.
7. Ketidaktelusan dalam Pengurusan Air
Kurangnya maklumat tepat dan cepat bila gangguan berlaku menguatkan persepsi syarikat cuba tutup kelemahan.
8. Ketidakseimbangan Perkhidmatan di Bandar vs Luar Bandar
Kalau servis kat KL tip-top tapi Hulu Selangor selalu kena catu. Dimana keadilannya?
9. Kesan Sosial dan Ekonomi akibat Gangguan Air
Gangguan air bukan hal kecil. Hospital, kilang dan perniagaan semua bakal dan boleh terjejas. Ekonomi negeri boleh lumpuh.
10. Isu Kepimpinan dan Perbandingan CEO Terdahulu
Kalau makin teruk sejak tukar CEO, rakyat berhak banding dan persoal kecekapan pengurusan baharu.
Air adalah keperluan asas. Tak kiralah siapa CEO atau parti mana memerintah, yang rakyat nak cuma satu. Bekalan air bersih, sentiasa ada, cukup dan stabil. Itu hak, bukan permintaan luar biasa.
Catat Ulasan
No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!