Aplikasi Marrybrown (MB App) Tawar Deals Sehingga 40% Dan Harga Serendah RM2.90! | Semalam misi mencari tudung Raya bersama anak aku, Diyana selesai. Padanan tudung dengan baju memainkan peranan penting agar penampilan sedap mata memandang. Memang aku dah plan nak takeaway makanan di Marrybrown sebagai salah satu juadah berbuka nanti.
Lokasi pilihan aku ialah Marrybrown Bukit Jambul, Penang. Ini semua sebab aku terbaca perkongsian beberapa rakan yang dah download MB App. Terasa sedikit ralat terlepas deals RM1 Marrybrown’s Crispy Chicken. Tapi takpe, masih ada lagi deals menarik lain sehingga 40% dan harga serendah RM2.90 (harga asal RM5.20) untuk 6 pcs Potato Wedges. Jimat banyak!
Aku download di https://mbapp.marrybrown.com/ Penting untuk semak terlebih dahulu outlet yang terlibat sebab tak semua outlet guna MB App di https://mbapp.marrybrown.com/participating-outlets Untuk new member seperti aku, korang jangan lupa klik My Reward untuk redeem PERCUMA seketul Marrybrown’s Crispy Chicken.
CARA TEBUS DEALS DI MB APP
Bila dah download, ada dua cara korang nak tebus tawaran.
Klik Tab Home
Buka aplikasi Marry Brown, klik di tab HOME, terus keluar ‘deals’ yang ada, pilih makanan yang korang nak. Selesai pilih, klik REDEEM. Nanti akan masuk dalam tab MY REWARD, klik sahaja deals yang dah dipilih, kemudian akan keluar QR code. Tunjuk pada staff untuk mereka scan QR code. Siap!
Klik Tab Deals
Aku suka guna cara ni sebab senang dan mudah. Hanya klik tab DEALS dan akan keluarlah semua senarai deals yang masih ada. Pilih dan langkah seterusnya sama seperti di atas.
KELEBIHAN MENGGUNAKAN MB APP
Kumpul Mata dan Tebus
Setiap pembelian korang akan dapat point. RM1 bersamaan 1 point. Kumpul point untuk tebus menu yang ditawarkan di tab "Deals" di "Point Redemption".
Marrybrown Deals
Pelbagai tawaran yang ditawarkan di aplikasi Marrybrown. Kena rajin lihat selalu sekiranya ada tawaran terbaru dari Marrybrown.
Tawaran Hari Jadi
Marrybrown menawarkan tawaran yang menarik semasa harijadi.
Berita Promosi Terbaru
Apabila korang download MB app ni, segala berita terbaru, menu terbaru, promosi terbaru atau apa-apa berkenaan Marrybrown korang akan dapat tahu dulu.
Pesanan Tanpa Sentuh
Korang boleh kurangkan sentuhan apabila korang membuat pesanan melalui aplikasi Marrybrown. Korang boleh order siap di MB App untuk pick up atau dine in. Jimat masa. Kalau korang malas nak keluar rumah, tak nak bersesak-sesak, lagi-lagi time nak dekat raya, korang boleh order melalui Grab Food, Food Panda atau Shopee Food dan diorang hantar terus ke rumah!
More information
Aplikasi MB: https://mbapp.marrybrown.com/
Cawangan terpilih: https://mbapp.marrybrown.com/participating-outlets/
Website: https://marrybrown.com/
Instagram : https://www.instagram.com/marrybrownmy/
Facebook : https://www.facebook.com/MarrybrownMalaysia/
Twitter : https://twitter.com/MarrybrownMY