Setiap kali menjelangnya bulan ramadan, pengalaman berpuasa ketika tinggal di asrama pasti akan terbayang-bayang di minda. Ketika itu umur dalam belasan tahun. Tingkatan 1. Dan dalam umur yang sesweet itu, aku telah di dedahkan dengan hidup berdisiplin.
Semuanya perlu cepat, tepat, kemas, ontime jika tidak mahu berlapar atau lewat ke sekolah. Lebih tragis terpaksa pakai seragam sekolah yang tidak di seterika berserta kasut sekolah yang tidak putih warnanya.
Penampilan kemas, bersih dan sedap mata memandang, perlu di titik beratkan sedari usia remaja lagi. Barulah ramai akak dan adik angkat. 😆
Bersahur di asrama merupakan satu penderaan mental pada ketika itu. Bayangkan seawal jam 3pagi (lebih kurang la) kami dah terpaksa bangun, turun ke tingkat bawah dan beratur panjang untuk bersahur.
Ketika inilah terus terbit rasa sayu bila teringat betapa nikmatnya bersahur di rumah. Tidak perlu bangun awal pagi, tidak perlu beratur panjang dan emosi tak terganggu.
Stress wei... dah la penat beratur tiba-tiba selamba senior potong barisan! Nak melawan tak berani lagi time tu. Maklumlah newbie.
Saat menjalani ibadah puasa, tidak terasa masa yang berlalu kerana sibuk dengan jadual asrama yang padat ketika itu. Sedar-sedar dah hampir waktu untuk berbuka.
Seminggu sekali dapatlah kami menjamu selera dengan menu nasi minyak atau nasi tomato serta ayam masak merah. Itu sudah cukup special buat kami semua. Sedikit sebanyak terubatlah rasa rindu pada masakan emak di rumah.
Solat terawih memang happening dengan adegan kejar mengejar keliling surau, berebut-rebut mengambil wuduk dan sekali lagi berebut-rebut untuk mendapatkan saf solat yang berdekatan dengan kawan.
Selagi boleh, tak nak satu barisan dengan senior sebab dah tentu kena solat terawih lebih dari 8 rakaat. Aku tak teringat berapa rakaat yang kami buat tapi selalunya, belum sempat solat terawih selesai, kami dah cabut. Anak antu sungguh la perangai masa tu.
Malam terakhir Ramadan, semua penghuni asrama termasuk warden, akan berkumpul di depan dewan makan untuk bersalaman. Mohon ampun dan maaf atas kenakalan yang lalu. Kami buat satu bulatan besar. Dimulakan dengan pelajar tingkatan 1 akan bersalaman dengan warden, kemudian bersalam pula kakak senior. Satu pengalaman baru buat newbie.
Masuk tahun ke 2, dah cerdik sikit... time orang bersalam, kami cabut balik ke bilik dan masak mee meggi. Nikmat tau dapat makan meggi dibulan puasa.
Masa yang berlalu amat pantas. Rindu nostalgia semasa tinggal di asrama. Sesekali bila terkenangkan pengalaman Ramadan ketika tu, memang buat aku tersenyum sorang diri.
Semoga puasa dan amalan kita sepanjang bulan Ramadan diterimaNya.
Gambar : Galeri Sentuhan ArifSan