Aku lebih suka masak sendiri juadah untuk keluarga dari beli atau makan di luar. Sekali sekala bawa keluarga makan di restoran pilihan as reward is okaylah. Kalau setiap hari, mau lari teruk kos perbelanjaan mingguan. Selain menjimatkan belanja dapur, aku boleh kawal penggunaan gula, garam, Cukup Rasa, Ajinomoto dan yang paling best jenama produk bahan rencah yang nak digunakan.
Peralatan memasak seperti kuali dan periuk memainkan peranan penting ketika memasak di dapur. Rutin memasak menjadi mudah, menggembirakan, tak ambil masa yang lama jika peralatan yang digunakan jenis tak melekat, tak hangus, selamat dan senang dicuci. Memang boleh rosak mood jika kena sental sisa masakan yang melekat sampai bersih.
Pemilihan periuk yang selamat dan bebas dari bahan merbahaya pun penting. Survey punya survey aku dah jatuh suka pula dekat koleksi periuk batu dari KayuHome. Ada pelbagai koleksi dan pilihan warna. Antara koleksi yang ada di KayuHome ialah Dremial, Wok dan Rendang bersaiz 32cm (Muat 10 ekor ayam. Puas nak merendang.)
Gambar yang pertama tu adalah koleksi DREAMIAL, periuk batu pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi Jerman. Periuk batu ini menggunakan batu granite merah. Periuk batu ini mempunyai 4 lapisan. Periuk batu Dreamial ini bebas PFOA. Istimewanya periuk batu Dreamial dari KayuHome berbanding periuk lain adalah :
• Bebas bahan kimia.
• Menggunakan teknologi Jerman.
• Buku manual penggunaan disediakan.
• Periuk tebal dan tahan lasak.
• Penutup kaca flat dan tebal.
• Penutup dilitupi silikon dan selamat digunakan.
• Penutup mempunyai auto tiub, memudahkan wap keluar semasa memasak.
• Warna yang menarik (wine red).
• Handle periuk jenis bakelite (tahan panas). Kebiasaannya, apabila korang tengah memasak, korang akan menggunakan kain untuk memegang pada pemegang pada periuk sebab panaskan? Tetapi periuk batu Dreamial korang boleh pegang handle dia sahaja tanpa menggunakan kain.
• Anti calar, anti lekat dan mudah dicuci.
• Saiz periuk sesuai untuk kegunaan harian.
• Sesuai untuk semua jenis dapur (dapur elektrik dan dapur gas). Periuk batu ini direka dengan induction untuk kegunaan dapur elektrik, menjadikan masakan korang cepat dimasak, mudah dan selamat.
WOK KayuHome (32CM) ini berwarna hitam. Warna yang nampak mewah. Tak melekat dan senang dicuci. Wok Batu Granite dengan Super 7 Layer sesuai digunakan untuk dapur elektrik dan dapur Gas. Pemegang Wok yang tahan panas. Nak masak masakan berkuah dan goreng pun senang ni. Lepas masak boleh tutup dengan penutup kaca bersilikon. Dan yang paling best, FREE 2 PCS SUDIP SILIKON. Cover insurance untuk postage seluruh malaysia. Hadir dengan kotak eksklusif, boleh dijadikan hadiah buat aku. Eh…
Si RENDANG ni pula memang buat mak aku happy kalau aku hadiahkan. Sebab setiap kali bila tiba Hari Raya, memang mak suka masak rendang dalam portion yang banyak. Selain untuk makan kami sekeluarga, mak akan sedekahkan juga buat adik beradik dan sahabat handai. Memang laku keras la rendang mak. Apa keistimewaan periuk rendang ni?
• Periuknya tebal
• Saiz 32cm. Muat kalau korang nak masak 10 ekor ayam.
• Menggunakan teknologi dari Jerman
• Setiap pembelian korang akan dapat pemegang silikon dan penghantaran percuma!
• Boleh bayar secara ansuran. Harga ansuran sama harga beli cash!
Dan sebelum beli pastikan tidak terbeli barang tiruan. Memang banyak kes periuk tiruan. Claim ada itu ini. Bebas itu dan ini. Tapi hakikatnya bahan yang merbahaya yang digunakan. Kesannya berbalik kepada pengguna.
Bahaya Periuk Yang Mengandungi PFOA
Apa itu PFOA? PFOA adalah singkatan daripada Perflurooctanoic Acid iaitu sejenis bahan kimia di mana terdapat periuk yang diperbuat daripada PFOA. Betapa bahayanya PFOA ini kepada kita. Antara penyakit akibat memilih periuk yang mengandungi PFOA :
• Tinggi kolestrol
• Kerosakan buah pinggang
• Gangguan pundi kencing
• Kerosakan hati dan darah tinggi
Untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai periuk batu KayuHome boleh singgah ke link sosial media atau whatsapp terus untuk pembelian.
Facebook https://www.facebook.com/kayuhome
Instagram https://www.instagram.com/kayuhome.hq