Tawaran Latihan dan Peluang Pekerjaan di iREHAB
Buat anda yang tercari pekerjaan dan berminat menjaga warga emas, mungkin peluang kerjaya ini anda patut cuba. Kerjaya sebagai Caregiver / Penjaga terlatih di iREHAB. Tugas utama menjaga warga emas dan bekas pesakit strok. Samada berpengalaman ataupun tidak dalam menjaga warga emas, iREHAB akan membantu melalui latihan yang ditawarkan.
Kursus Latihan dan Bayaran
Kursus atau latihan penjagaan ni tak lama, cuma satu hari sahaja. Dan apa yang menarik, kursus yang ditawarkan ni bukan sahaja belajar secara teori tetapi jugak praktikal atau hands-on di iCenter atau jugak iHome. Jadi anda akan praktikkan apa yang dibelajar semasa kelas teori di kelas praktikal.
Bayaran kursus cuma RM70 sahaja. Dan sebaik tamat kursus, anda akan diberi peluang untuk bekerja bersama iREHAB. Insya Allah.
Maklumat Lanjut Mengenai Peluang Pekerjaan
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi 012-9061690 atau 017-988 0324 untuk membuat temujanji atau ke laman media sosial iREHAB.
FB : iRehab Neurocare
IG : iRehab Neurocare
Website : iRehab Neurocare