Sekali sekala jika ada rezeki lebih, tak rugi bawa keluarga bercuti ke destinasi pilihan. Lari seketika dari rutin harian dan normal kehidupan yang biasa dilalui setiap hari. Percutian seketika ini mampu menjadi booster untuk eratkan lagi hubungan kekeluargaan.
Gunakan mood percutian seketika ini untuk saling nasihat menasihati. Refresh semula matlamat dan misi keluarga. Anak-anak yang masih bersekolah dapat tenangkan seketika minda. Setiap hari perlu ingat dan hafal matapelajaran itu dan ini.
Dalam banyak-banyak hotel, aku dan Encik Hubby tertarik nak ke DoubleTree by Hilton Penang. Masa tu hotel tengah ada promosi #DreamAwaySale. Dan ada 30% less harga bilik dari harga biasa. Murah dan jarang la nak dapat harga istimewa dari Hilton. Jangan lupa singgah ke laman web hotel untuk tahu sebarang promosi terkini.
Masa kami bercuti ke hotel ni, situasi Covid-19 di Malaysia masih berstatus satu digit. Masa ni semua sektor sedang bernafas menjana kembali pendapatan untuk meneruskan hayat urusniaga. Kebanyakkan hotel beri potongan istimewa sebagai salah satu usaha mempromosikan semula perniagaan.
Hotel yang terletak di Jalan Low Yat, Batu Ferringhi, bersebelahan dengan Miami Beach ni rupanya dah 3 tahun berturut mendapat award Best Family Resort. Ada jejambat khas untuk mereka yang ingin berjalan-jalan di tepi pantai. Dalam hotel ni jugalah letaknya lokasi TeddyVille Museum.
Selepas selesai urusan check in di receptionist, mana boleh aku terlupa nak ambil Cookies percuma, signature dari pihak hotel. Biskut ini diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi yang sihat dan tiada sebarang pengawet. Anak - anak suka la cookies ni. Emak dan bapa anak just cubit sedikit untuk rasa. Semakin umur kita meningkat, pemakanan kena banyak pantang larangnya.
Hiasan dalaman hotel ni sangat INSTAGRAMMABLE. Setiap pelusuk hotel terasa nak snap photo. Cantik dan stylo. Bilik hotel pun sangat puas hati. Berbaloi dengan harga yang dibayar. InsyaAllah aku dan keluarga akan ke sini lagi untuk bercuti.
Koleksi gambar : Eiza GreenAppleKu