Pagi tadi, masa nak hantar anak ke sekolah, aku on radio dan pilih Mutiara FM. Topik pagi ni e-wallet. Seronok anak aku Daniel dan Adam dengar bab RM30 tu. Terus berdua tu pasang hajat nak download app. Boleh beli topup kata mereka.
Aku hanya mampu ketawa jahat je. Sebab salah satu syarat ialah mesti berumur 18 tahun ke atas. Sambil drive, sambil kami dengar celoteh dj berdua bab e-wallet.
Pengguna servis e-wallet boleh menikmati pemberian RM30 e-tunai dalam e-wallet masing-masing daripada mana-mana tiga pengendali e-dompet terpilih iaitu Grab, Boost, dan Touch 'n Go, mulai 15 Januari 2020, jam 8.00 pagi.
Menurut Menteri Kewangan Lim Guan Eng, kerajaan memperuntukan RM450 juta bagi tujuan itu di bawah pelaksanaan program e-Tunai Rakyat. Lim berkata, wang RM30 itu boleh dibelanjakan untuk semua barangan dan perkhidmatan yang terdapat melalui platform pengendali terpilih. Beliau berkata, inisiatif e-Tunai Rakyat itu dibentuk bagi meluaskan lagi penggunaan pembayaran digital dalam kalangan pengguna dan peniaga, terutamanya dalam sektor runcit.
Seramai 15 juta pengguna dijangka akan memperoleh manfaat daripada insiatif kerajaan tersebut. Tuntutan boleh dibuat sehingga 14 Mac 2020.
Apakah Program Inisiatif e-Tunai Rakyat?
Program Inisiatif e-Tunai Rakyat merupakan rancangan anjuran kerajaan yang bertujuan menggalakkan penggunaan pembayaran digital di kalangan rakyat Malaysia. Setiap pengguna e-wallet yang layak akan menerima kredit e-tunai bernilai RM30 sebagai insentif di bawah program ini.
Siapakah Yang Layak Menerima e-Tunai Rakyat?
- Warganegara Malaysia
- Berusia 18 tahun ke atas
- Berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun
Bagaimana Nak Tuntut e-Tunai Rakyat?
Insentif e-Tunai Rakyat boleh dituntut secara langsung melalui 3 platform pengendali e-wallet terpilih iaitu Grab, Boost, dan Touch 'n' Go. Caranya ialah dengan memuat turun aplikasi e-wallet (sekiranya belum ada lagi) dan memberikan butiran maklumat kad pengenalan untuk pengesahan kelayakan. RM30 akan dikreditkan dalam akaun e-wallet setelah disahkan layak oleh platform pengendali.
*Grab akan memasukkan kredit RM30 dalam sehari selepas pengesahan.
Bolehkah Saya Tuntut Insentif RM30 e-Tunai Rakyat Lebih Daripada Satu Platform e-Wallet?
Tidak boleh. Pengguna hanya dibenarkan menuntut insenti tersebut sekali sahaja daripada salah satu platform pengendali e-wallet terpilih.
Bilakah Tarikh Luput Penggunaan Insentif e-Tunai Rakyat?
Insentif e-Tunai Rakyat boleh digunakan untuk transaksi digital mulai 15 Januari hingga 14 Mac 2020. Mana-mana kredit RM30 yang tidak digunakan selepas 14 Mac 2020 akan dilupuskan. Insenti tersebut juga tidak boleh dipindahkan kepada akaun orang lain (harus digunakan melalui akaun e-wallet sendiri).
dlm grup wasap semua dok share dari pagi.
lunch break ni hah baru sempat nak hadamkan.
aida pilih t&g la kot :)
rm30 pun ok kot kan. dari xde pe.
Hadiah RM200 (Seorang Pemenang)
1 x RM200
Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang)
2 x RM100
Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang)
14 x RM50
Penyertaan sangat mudah & tarikh tutup giveaway pada 29 Feb 2020. Klik sini sekarang untuk sertai.