Penting : Dapatkan nasihat doctor terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang supplement jika anda sedang mengandung, menyusu badan dan hipersensitif.


WOMEN WELLNESS HIMALAYA

Dear Ladies, tahukah korang bahawa hormon akan mula berkurangan seawal usia 20-an? Realitinya, semakin meningkat usia seorang wanita, semakin menurunlah hormonnya. Dan faktor berkenaan diburukkan lagi jika korang berhadapan dengan tekanan hidup, tidak mengamalkan tabiat diet secara sihat dan kurang beriadah.

Pengambilan makanan tambahan atau vitamin di perlukan untuk membantu merangsang dan membantu penyerapan hormon. Selain hormon, metabolisma juga menurun sekitar 4-5% setiap tahun. And no wonderlah adakalanya berat badan naik turun walaupun aku bersenam dan menjaga pemakanan. Menyedari betapa pentingnya mengekalkan paras hormon, aku dah mula amalkan Women Wellness 1 biji 2 kali sehari. Antara manfaatnya...
  • membantu untuk menyimbangkan hormon untuk wanita.
  • membantu mengatasi keletihan.
  • membantu ibu baru untuk menyusu.
  • membantu dengan memulih badan ibu selepas kelahiran.

Penting ke Cik hormon ni?

Nak tahu penting ke tak, berikut aku share sedikit info dan kesan jika Cik hormon yang ada di dalam badan tidak mencukupi. Dan aku boldkan situasi yang pernah aku alami di sebabkan cik hormon. 

Wanita 20 tahun - Muka jerawat, tumbesaran terbantut, senggugut, haid tidak teratur.

Wanita 30 tahun - Kurang subur, sukar hamil, imsonia, lemah, cepat letih, kulit cepat berkedut, muka kelihatan tidak ceria, kulit kusam dan lain-lain.

Wanita 40 tahun - Payudara kendur, sakit sendi dan otot, tangan dan kaki cepat sejuk, pigmentasi kulit, artritis.

Wanita 50 tahun ke atas - Gout, cepat berpeluh, suka marah, emosi, suka berleter, cepat stress, muka kedut yang ketara, rambut gugur dan lain-lain. 


JOINT WELLNESS HIMALAYA 

Penuaan, berat badan berlebihan, sejarah keluarga dan otot lemah adalah antara factor yang menyebabkan sakit sendi. Sakit sendi ni kalau dah terkena, memang ganggu habis urusan seharian di buatnya.

Aku pernah terkena sakit sendi di tapak tangan. Kesakitan tu sukar nak aku gambarkan. Kena pula kat tapak tangan kanan. Nak basuh pinggan mangkuk pun sukar, nak memasak pun jadi siksa. Rasa kebas, lenguh dan sakit.

Di sebabkan tak nak kesakitan itu berulang dan juga di sebabkan faktor umur, aku dah ambil langkah awal dengan mengamalkan Joint Wellness supaya prestasi harian aku dapat dikekalkan. Antara manfaat Joint Wellness...
  • mengelakkan sendi mengalami kerosakan
  • mengurangkan kesakitan artritis dan meningkatkan fungsi sendi
  • menindas kesakitan sendi
1-2 tablet dua kali sehari

Aku beli 2 produk tu di Georgetown Farmasi, Bayan Baru, Penang. Boleh juga kalau nak beli di Watson, Guardian dan farmasi terpilih. Nak beli secara online pun boleh. Jangan lupa singgah FB dan IG Himalaya untuk lihat pelbagai produk lain yang mungkin korang tengah cari.



18 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

cre8tone berkata…
a great supplement for every women.. himalaya is a trusted brand for health care for many years already.. this one yet to try it out
Farhana Jafri berkata…
bila dah nak masuk 30-an ni memang cepat betul terasa penat. Badan dah tak kuat sangat macam time 20-an. Muka pun dah start keluar tanda penuaan
SalinaJohari berkata…
Sal consume women's wellness tu .. rasa macam badan bertambah ringan. Selesa lepas bangun dari tidur dan Alhamdulillah air susu badan pun meriah !
Rawlins GLAM berkata…
Ok. Points taken. Lelaki pun mengalami masalah yang sama bila meningkat usia - rambut la, belakang la dan macam-macam lagi. Pengambilan supplemen memang penting bagi semua kan. And produk Himalaya memang elok kan
yaya_flanella berkata…
Yaya nak try yang joint wellness tu la sebab memang rasa lesu bila kita penat balik kerja dan sambung buat kerja rumah, jaga anak etc fuhh. Sebelum ni guna syampu dan produk baby Himalaya je hee
Mrs Pip berkata…
Maybe pasal kak pip dah 4 series dan ada baby kecil, cepat betul penat nowadays .. Ni yang rasa nak add supplemen dlm menu harian ni ...
ajumohit berkata…
sekarang memang tengah pakai set rambut gugur dari himalaya. dari shampoo, minyak dan krim rambut. alhamdulillah memang banyak anak rambut yang tumbuh. lepas ni boleh cuba supplement pulak
Mahamahu berkata…
BETUL LAH HORMAN KENA SEIMBANG DAN JUGA CUKUP KALAU LEBIH PUN TAK BAGUSKAN HEHEHE KITA SEKARANG MUNGKIN DAH SEIMBANG TU YANG JERAWAT TAK KELUAR WAKAKAKA
Aerill Hassan berkata…
Terima kasih atas perkongsian ya. Pernah nampak produk himalaya ni. Dkt rumah tak sure sama ada mak atau kakak saya ada pakai ke tak produk ni. Apa2pun nampak produk himalaya ni meyakinkan.
Hanny Abdullh berkata…
Tak pernah lagi try joint wellness ni. Rasanya mmg dah patut ambik kot sb now badan asyik sakit2 je. Ada jugak ambik supplement lain tapi bukan utk joint2 le
AyuArjuna BiGoshh berkata…
Memang penting amik suplemen terutama bagi wanita yang dah cecah umur 20 tahun ke atas. Ini bagi membantu maintain kesihatan badan
mek yunie berkata…
baguskan ada suppliment macam ni. untuk tambah tenaga and memulihkan apa yang patot di dalam. contohnya pencernaan yang mana semua peringkat mengalami masalah tu.
xulhlmi berkata…
wah! hebat lah ada produk kesihatan macam ni. Sangat sesuai diberikan kepada orang tersayang bagi meraka lebih sihat dan kekal aktif.
Nadia Johari berkata…
produk Himalaya memnag bagus dan diyakini..nad pun ada amalkan himalaya ni..memng alhamdulillah ade perubahan
Cik Puan Ena berkata…
Bila tengok peringkat umur tu seram nak baca. Huhu. Uwh baik untuk susukan badan ye. Nanti pantang boleh la cuba.
Syamimi Saad berkata…
Meningkat usia ni, memang kena standby supplemen kan.
Sebab badan mula tunjuk sikit sikit perubahan.
Sebagai langkah awal, kalau dapat amalkan suplemen yang betul, in shaa Allah ianya membantu memulihkan.
Yaya Mohd berkata…
mcm nak try je nti joint wellness tu
Zharif Azis berkata…
produk himalaya nie memang ramai yang gemar pakai. macam-macam jenis produk pulak tu. suka produk shampoo rambut dorang. rasa best je kulit kepala. sejuk dan lembut je.
Terbaru Lebih lama