Bayangkan jika itu tajuk berita yang korang terbaca. Dah tentu korang terbayangkan ini mesti salah pemandu kereta tu.
Dan itulah situasi yang aku alami pagi ni. Bezanya aku sempat brek kereta dan tak terciumlah kereta aku dengan motorsikal tersebut.
Pagi Jumaat ni... seperti biasa, rutin aku hantar 3 orang anak ke sekolah. Laluan utama memang sibuk setiap pagi. Di tambah dengan kenderaan yang parking kiri dan kanan jalan, laluan jadi semakin sempit.
Sempitnya, kau perlu berhenti dan ketepi untuk beri laluan kepada bas. Kalau dua-dua berkeras nak lalu juga, memang tak lepas.
Kenderaan yang parking di tepi jalan ni, ada yang parking betul-betul di simpang jalan. Menghalang pandangan orang yang nak keluar simpang. Kau perlu ke hadapan sedikit untuk tengok kiri dan kanan sebelum masuk ke laluan yang nak di tuju.
Aku drive perlahan sambil bebel beri pesanan istimewa buat anak remaja aku. Itu memang rutin pagi aku. Pesan jangan ponteng kelas, jangan ikut kawan langgar peraturan sekolah, hormat cikgu dan ada lagilah dua tiga pesanan.
"Ingat apa yang mama dah pesan jika korang tak nak mama hantar korang sampai ke kelas." Bila anak dah remaja, memang mereka malu jika mak ayah masih teman hingga ke depan pintu kelas.
Oh ya, sepanjang laluan aku tu...adalah gerai tepi jalan yang jual petrol dalam botol. Selalunya pelanggan utama ialah mereka yang bermotosikal.
Sebelum aku sampai di kawasan perumahan flat kos rendah, tiba-tiba meluru sebiji motosikal keluar dari deretan kereta yang parking di tepi jalan. Seorang wanita berserta 2 orang budak (sorang pakai baju tadika dan sorang lagi kecil sikit dari yang tadika tu) menghala ke arah kereta aku. Aduih...aku yang terpandang, terus tekan brek mengejut.
Kalau ada sakit jantung memang boleh kena serangan. Syukur belakang kereta aku takde kenderaan. Hakak tu tersengeh-sengeh senyum bagi isyarat minta maaf. Aku... aku terpaksa buat muka marah, muka hangin dengan kesalahan yang dia dah buat.
Moral yang aku nak kongsi, pleaselah tengok kiri kanan sebelum tukar laluan. Tak kisah la kau bawa motor, kereta, lori atau bas. Pandang kiri dan kanan. Pastikan laluan betul-betul selamat baru tukar laluan. Walau apa jua kecemasan, peraturan tetap peraturan.
Syukurlah Eiza tak apa-apa. Syukur Allah bagi Eiza sempat menekan brek. Tak leh nak bayangkan macam if sebaliknya.
Mesti pemandu yang di persalahkan.
Hakikatnya... ermmm
Kalau Ruby ditempat Eiza, Ruby pun marah dan bengang juga. Sebab ia melibatkan nyawa orang.
Sabarlah ya.
Kalau kena kat Yaya ni, boleh berpeluh, berdegup kencang jantung ni hah.
Dorang, kalau tak sayang nyawa sendiri, fikir lah keselamatan orang lain.
ok la tu. sib baik kita si kereta ni awas. if not?
bab parking tepi jalan, jalan jadi sempit, kenderaan yg lalu tak beralah...
hmmmmm selalu sgt. rimas.
yg parking tu, tak fikir ke kan yg bakal menyusahkan pengguna jalan raya lain?
akak motosikal tu, aduhai, x sayangkan anak2 ke?
hati-hati lah kak oii...