Berangan itu percuma. Tapi melalui beranganlah adakalanya menjadi kenyataan. Nak tahu apa angan-angan aku? Aku berangan nak naik kapal terbang ke negara jiran kita, Indonesia. So... jom baca apa aku punya plan ketika ke sana kelak.
Mula-mula, aku perlu survey flights to Jakarta dan buat payment secara online guna bank local kita macam Maybank or CIMB. Tak payah duk kira-kira berapa nak kena bayar lepas convert ke rupiah. Mudah je. So dah boleh travel dan bercuti ke Jakarta.
Cite pasal Jakarta, so aku nak share kat korang tempat yang agak best untuk di explore kat sana nanti.
RAGUNA ZOO
Berkeluasan 147 hektar, agak lenguh juga untuk menjejaki seluruh kawasan Ragunan Zoo ini dengan berjalan kaki, oleh itu di galakkan untuk menyewa basikal yang ada di sediakan di zoo ini.
Di tumbuhi lebih daripada 50,000 batang pokok, bayangkanlah kesegaran udara di sini. Menempatkan lebih daripada 2000 ekor haiwan yang terdiri lebih daripada 400 spesies haiwan yang bukan sahaja datang dari Indoneia, malahan ada juga dari Amerika Utara, tanah Arab dan juga benua Afrika.
Kawasan yang menjadi tarikan utama di sini adalah Kid’s Park. Di sini kanak-kanak dapat bermain di taman permainan, mendekati burung kakak tua yang boleh berkata-kata dan melihat seekor ikan gergasi Arapaima yang didatangkan daripada Amazon.
Aktiviti lain yang boleh dilakukan sekitar Ragunan Zoo adalah menonton persembahan haiwan, menunggang kuda, menaiki trem dan banyak lagi yang pastinya memadatkan jadual percutian sekeluarga.
TAMAN IMPIAN ANCOL
Kerana dunia realiti agak membosankan, kewujudan Dufan ataupun Dunia Fantasi amatlah diidamkan. Inilah yang dibawa oleh salah satu daripada tarikan di Taman Impian Ancol. Banyak sekali tarikan hebat yang terdapat di dalam Dunia Fantasi ini macam Ice Age Arctic Adventure, Hello Kitty Adventure, Water Ride Niagara-Gara, Thrill Ride Hysteria, Fantasy Lights Magic of Dufan dan banyak lagi.
Kerana kat dunia sebenar kita hanya mampu berada kat satu tempat dalam satu masa, kat Dunia Fantasi ini kita akan di bawa mengelilingi dunia melalui permainan dan tarikan yang ada macam kat Eropah, Amerika, Greece, Indonesia, dan lain-lain lagi. Jangan tak nak pulang ke dunia asal pula dah ye...
Kat sinilah dia chief kepada segala tarikan menarik yang terlintas difikiran dan yang diimpikan, Ancol Dreamland. Apa yang korang bayangkan? Taman tema yang penuh keseronokan kat Dunia Fantasi? Taman hijau yang menyegarkan kat Ecopark? Mendekati hidupan kat dalam lautan biru kat Seaworld Ancol? Dan banyak lagi yang mesti dirasai sekali kat dalam hidup ada kat sini!
Kaki shopping? Pasar Seni juga ada kat sini, bukan main menarik lagi barang-barang yang dipamerkan yang termasuklah lukisan, hasil ukiran, barangan antik dan banyak lagi hasil tangan dan cenderamata yang lain. Kat pasar ini juga korang dapat melihat secara langsung penghasilan produk tersebut dilakukan.
Bukan itu sahaja, di Ancol Dreamland ini juga korang boleh menyewa kapal untuk menuju ke Pulau Seribu untuk menjauhkan lagi jejak korang di Jakarta bersama keluarga. Hebat tak hebat Ancol Dreamland ini? Segala tarikan menakjubkan berada di dalam satu lokasi.
![]() |
Aktiviti menangkap ikan di Telaga Arwana Cibubur |
TELAGA ARWANA CIBUBUR
Terletak di Jalan Jambore, Telaga Arwana Cibubur bukanlah sebuah telaga, tetapi adalah lokasi di mana korang boleh melakukan aktiviti mengeluarkan peluh dan bersantai bersama keluarga tercinta. Antara tarikan yang terdapat di sini adalah kolam renang pelbagai kedalaman, flying fox, motor ATV, paintball dan banyak lagi.
Kalau korang rasa aktiviti di atas macam biasa je…bagaimana pula dengan aktiviti bercucuk tanam di sawah padi dan akiviti santai memancing? Macam-macam boleh dibuat di sini, tepuk dada, tanya selera, tapi alang-alang dah sampai, cuba sahaja segalanya yang ditawarkan di sini, baru berbaloi, ye tak?
Lebih-lebih lagi apabila di lakukan bersama keluarga, akan terasa keseronokannya. Sekarang ni dah banyak Emirates Promotion but for today aku nak korang singgah ke Traveloka sebab kemungkinan besar nanti korang boleh dapat promotion yang best! Dah save budget korang. Amacam? Best tak? Good luck guys.
Picture kredit to Google.
Next trip boleh la nak enjoy ke Ancol Dreamland.
Lagi best kalau pergi dengan rerakan yang sekepala kan.