Pernah tak korang terlebih beli makanan ataupun terlebih masak secara tak sengaja? Aku pernah. Masa tu dalam bulan Ramadhan. Tahun bila aku tak ingat. Yang pasti, aku dah masak nasi dan adalah beberapa juadah lain yang aku beli di bazar Ramadhan. 

Tiba-tiba, datang adik aku sekeluarga bawa juadah yang di beli di bazar juga. Ada Murtabak, Nasi Ayam, dan kuih muih. Lepas duduk sembang seminit, datang lagi sorang adik aku sekeluarga. Pelbagai juadah di tangan hingga aku terpaksa keluarkan koleksi pinggan dari almari. 

Sambil keluarkan pinggan, berpeluh juga dahi.. fikir, nasi yang dalam periuk tu..konfem tak habis makan hingga ke sahur nanti. Murtabak yang hampir 10 keping tu… kuih muih. 

Akhirnya, juadah yang tak habis, terpaksa aku bungkus dan agihkan kepada ke 2 adik aku untuk di bawa pulang. Next time, sila telefon dahulu dan plan juadah apa yang nak mereka bawa. Untuk elakkan kejadian seperti tu berulang lagi. 


Apa kena mengena cerita aku dengan Applikasi Oh Free Food ni? Applikasi Oh Free Food ni adalah satu applikasi yang membolehkan pengguna berkongsi makanan yang terlebih beli tadi. 


Macam kes aku di atas, aku boleh kongsikan makanan yang terlebih tadi di Applikasi Oh Free Food. Dan jika ada yang nak, mereka akan tekan Request dan ambil makanan di tempat yang dah tertulis dalam Applikasi tersebut. 

Selain kongsi makanan yang terlebih beli, kalau korang saja nak berkongsi pun boleh je. Siapa tahu, pemberian yang kita rasa kecil tu, besar maknanya buat mereka yang memerlukan. 


Aku dah download apps ni. Ikut je arahan mudah dan Alhamdulillah aku dah berjaya kongsi Roti John yang anak aku terlebih beli dengan 2 orang pengguna apps.

Jangan lupa muat turun apps bermanfaat ini. Jom kongsi rezeki, elakkan pembaziran dan dapatkan makanan secara PERCUMA.


Untuk maklumat lanjut mengenai applikasi Oh!FreeFood ni, korang juga boleh layari laman web rasmi mereka di www.ohfreefood.com

12 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Julia Johari berkata…
Bestkan kak eiza...saje beli lebih selalu pun xpe...leh sedekah kt kawan baru.
SalinaJohari berkata…
bagus apps ni..elak pembaziran dan secara tak langsung dapat berkongsi rezeki
Nadia Johari berkata…
Bagus apps ni.. Takdela berlaku pembaziran kan.. Nad dh install
mas saari berkata…
Bagus konsep Oh Free Food ni, xdelah membazir makanan kan. Boleh kongsi rezeki dengan orang lain.
Qaseh Dalia berkata…
Bagus app ni untuk kedua pihak , memberi dan menerima
Huda Halid berkata…
Huda pun dah guna apps ni. Bagus sgt dpt berkongsi rezeki
EgStories berkata…
mudahkan urusan nak sedekah. dan dapat kawan baru.
EgStories berkata…
Betul. Kan best kalau dari dulu ada apps ni.
EgStories berkata…
waa..mesti dah ada perkongsian daripada Nad kan.
EgStories berkata…
Dah tak risau dah bab pembaziran. Macam komen Juju, selain dapat kongsi rezeki, kita dapat kawan baru.
EgStories berkata…
Itulah. Hari ni kita memberi. Mana tahu esok lusa kita pula menerima.
Ai berkata…
Bagus berkongsi dari membazir.
Terbaru Lebih lama