Dalam dunia bisnes, samada bisnes dari rumah mahupun yang punya syarikat, tetap akan berhadapan dengan pelbagai ragam pelanggan.
Pengalaman beberapa rakan dan aku sendiri ketika face ragam pelanggan menjadikan kami lebih bersedia untuk sebarang kemungkinan.
Ada rakan aku, tempahan kek bersalut fondant yang telah siap digubah akhirnya terbiar begitu saja. Panggilan telefon tidak dijawab. WhatsApp hanya blue tick.
Tepuk dahi aku ketika dia ceritakan sebab aku congak kos bahan yang dah dia gunakan untuk hasilkan sebiji kek. Belum lagi kos bahan api dan masa yang diperuntukkan. Kes naya.
Selepas kes tu, rakan aku hanya akan mula buat kerja sekiranya bayaran penuh tempahan dijelaskan. Tiada lagi bayaran separuh. Dan sistem yang sama juga aku gunapakai. Win win situation.
Baru ni, tablet aku yang dah berusia 5 tahun down. Banyak jasanya kepada aku. Hampir ke semua artikel blog aku update menggunakan tablet. Pendekkan cerita, aku hantar ke kedai untuk tengok apa yang tak kena dengan tablet aku tu. Semoga ia kembali sihat dan sedia berkhidmat seperti sediakala.
" Tablet you ni kalau tak bateri down, mesti charger slot ada problem. Bateri tablet xxxxx ni harga xxxx."
"Charger slot masih ok. Mesti bateri yang down ni."
(Konfem bateri down ni sebab dah bertahun tak tukar.)
Sambil tunggu tablet siap, aku cuci mata melihat smartphone dan tablet di rak pameran. Cuci punya cuci dah jatuh cinta pandang pertama kat Oppo smartphone dan Huawei tablet.
"You belilah smartphone or tablet baru. I bagi less untuk trusted customer macam you."
Ni juga salah seorang rakan niaga yang aku kenal. Dia banyak share pahit manis pengalaman dunia niaga dia sebagai pemilik kedai handphone. Dari kes tipu kad kredit hinggalah kes curi yang lain.
Selagi hidup ujian tetap akan hadir. Tak boleh elak. Tapi kau masih boleh ubah apa yang nak kau buat untuk elakkan kesilapan yang sama berlaku lagi. Be 'trusted person' untuk diri sendiri. Semoga hidup kita semua sentiasa dalam redha dan rahmat Allah.
Welcome 2018.
Love from Eiza GreenAppleKu untuk semua.