Perkongsian ilmu yang aku dapat dari Facebook Page Puan Mary. Seorang guru imej. Banyak info yang aku dapat dari page beliau. Mana-mana amalan sesat aku sebelum ni, dah lama aku tukar. Mana yang betul, rasa cerdik bila perkara yang sama Puan Mary kongsikan.
Being women ada kalanya kita mudah tergoda dengan produk penjagaan wajah terkini. Nak nak produk tu claim boleh lawa, flawless, itu ini dalam masa 3 hari! Mulalah goyang iman kau! 😂
Then bila dah insaf, rasa nak taubat tu hadir penuh penyesalan. Kau rujuk kembali dengan produk yang ada di farmasi. Itu kisah benar aku. Buat korang yang ada pengalaman seperti aku, korang baca hingga habis artikel dari Puan Mary yang aku dah share di bawah.
Apabila mahu memakai set produk penjagaan muka (skin care) yang baru, cara yang paling bagus ialah dengan menggunakan produk baru tersebut satu per satu dalam tempoh selang seminggu.
Contoh, cikpuan mahu menggunakan pencuci muka dan toner baru. Pakai dahulu pencuci muka dalam tempoh seminggu, kemudian mula pula toner baru minggu yang berikutnya.
Kenapa seminggu?
Ini adalah tempoh yang baik untuk melihat reaksi kulit terhadap produk baru. Secara puratanya kulit menunjukkan reaksi sekitar 7 ke 10 hari.
Apabila saya menggunakan produk baru selama seminggu dan dalam tempoh itu tiada tindak balas negatif berlaku, maka produk itu saya boleh kira sesuai dan serasi dengan saya.
Selepas tempoh seminggu itu, barulah saya mulakan pula pemakaian satu produk baru yang lain.
Sesetengah kulit individu yang berbeza bertindak balas terhadap produk dalam masa beberapa minit, jam atau sebulan.
Maka kenali kulit cikpuan. Usah tergesa-gesa tukar segala produk sekaligus.
Puan Mary.
Salam Sayang
Eiza GreenAppleKu