Cepatnya masa yang berlalu. Rasanya seperti baru semalam kita mula berpuasa dan hari ini telah masuk hari ke 17 Ramadhan. Terfikir di fikiran saya. Bagaimana dengan puasa saya sehingga ke hari ini? Efektif atau tidak ? Dan jika tidak, bagaimanakah caranya untuk menjadikan puasa saya efektif?
Puasa yang efektif adalah puasa yang dilaksanakan dengan penuh keimanan. Bermaksud, dengan berpuasa seluruhnya.
Mata berpuasa agar tidak menjamah dosa, tidak kira apa imej dan warnannya.
Lisan berpuasa agar menyibukkannya dengan zikir dan membaca kalam Allah, bukannya dengan menutur kata-kata umpat keji atau berbau lucah (termasuklah gurauan dengan rakan sekerja) dan kata-kata pujuk rayu untuk mengajak orang melakukan dosa.
Tangan dan kaki berpuasa agar tidak terdorong ke tempat-tempat yang mendedahkan diri kepada risiko maksiat. Sebaliknya tangan dan kaki di dorong sebaik mungkin untuk melakukan kebaikan sesama manusia.
Puasa akan menepis sebarang bisikan dan lintasan maksiat dalam pemikiran dan hati, dengan istighfar. Puasa menghentikannya apabila diri memberitahu akal bahawa " AKU SEDANG BERPUASA ".
Secara ringkasnya, PUASA SEBENAR ADALAH PUASA YANG MENGAWAL PANDANGAN, LISAN, PERGERAKKAN ANGGOTA DAN PEMIKIRAN.
Masih belum terlewat untuk efektifkan puasa kita. Dan yang paling indah, jika akhlak ini dapat terus kita jadikan sebagai pegangan diri walaupun Ramadhan telah tiba ke akhirnya.