Bagaimana nak tahu adakah anda telah jatuh cinta yer ? Siapa hendak tolong jawap persoalan ini. Sambil tekan butang search, cari info tentang cinta dan akhirnya tersesat jumpa pakar dalam bab percintaan iaitu tidak lain dan tidak bukan, meet Dr.Zack
![[border+copy.jpg]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi9yPi2Z8nFgQHiEF5GbH1Q55rV9fGv-tUM1MifZgB6zmrqYS7_KnxBsZMoLumOLmHx5mgsHzAcmES7CTVMMej9gz_OvUoUQa5s1gFyNjS_r7lrhnnsfT_fFtJn7SaOzzGJTC1AO02b5w4/s1600/border+copy.jpg)
KATANYA...
GreenAppleKu : Erk! Betul ker itu tanda-tandanyer ?
Nota untuk diri sendiri,
Cinta yang meminggirkan cinta Allah adalah rendah mutunya dan tidak tahan uji. Cinta kelas kedua itu ialah cinta kelas bawahan. Apabila wajah kendur, cinta luntur. Apabila kemudahan hilang, sayang terus melayang.
Sebaliknya cinta Allah mampu mengekalkan, malah boleh meningkat lagi rasa cinta walaupun perubahan fizikal berlaku kerana tapak cinta itu di hati, bukan di mata. Cinta di mata boleh dipisahkan oleh jarak dan usia tetapi cinta di hati tidak ada sesiapa yang mampu menjarakkannya, apatah lagi memisahkannya!
Cinta yang dibina atas dasar cinta Allah akan menjadikan perkahwinan sebagai taman atau kebun percintaan. Mungkin sekali-sekala bergolak juga, tetapi atas dasar ibadah dan tanggungjawab, cinta dapat dibina semula… terbentur tetapi tidak patah. Genting tetapi tidak putus. Justeru bajailah cinta itu selalu dengan solat, zikir, membaca al-Quran dan sedekah.
Marilah kita saling berpesan demi kebenaran dan kesabaran ~ Genta Rasa ~
Eh, ada juga lelaki yg pakar dalam bab cinta ni. Tu, Dr. Zack tu. Amatur tu. hehe.