Bila si curang jodohnya dengan si perampas, ramai yang jelik dan ramai yang rasa menyampah melihat kepada mereka. Walaupun mereka berasa bahagia dan gembira kerana akhirnya mereka selamat di ijab kabulkan namun mereka lupa di sebalik kegembiraan mereka, ada air mata insan lain, ada hati insan lain yang terguris dengan sikap mereka berdua.
"Jodoh itu urusan Allah. Sudah dicatat sejak azali lagi. Tetapi prinsipnya tetap satu dan satu itulah yang wajib kita fahami. Orang yang baik berhak mendapat jodoh yang baik. Cuma sekali-sekala sahaja Allah menguji orang yang baik mendapat pasangan hidup yang jahat seperti Nabi Lut mendapat isteri yang jahat dan Asiyah yang bersuamikan Firaun laknatullah."
Ah, hati dilanda kebimbangan...
"Yang penting bukan siapa pasanganmu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu. Jadi, janji Allah tentang lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju syurga!"
paling penting ialah SABAR BANYAK SANGAT sebab kita nak menempuh hidup dengan orang yang asing kan?
Terbaru dari Logokoko:
[U] Jangan marah-marah, nanti kena jual!
[U] Logo baru untuk Ben Ashaari!
[13PG] Gambar kemalangan ngeri di tapak binaan
Profil Blogger yang anda minta tidak boleh dipaparkan. Ramai Blogger pengguna belum lagi memilih untuk berkongsi Profil mereka secara awam.
Cuba Maz semak apa ye...