Bila nafsu tidak dapat terkawal, rasanya ada juga yang akan melayang RM3,000.00 kerana bayar denda, dan ada juga yang akan berhari raya di dalam penjara selama DUA TAHUN BERTURUT-TURUT.
RM3 ribu ? Banyak tu, boleh buat belanja beli baju raya, kasut raya dan kuih raya. Siap boleh buat jamuan untuk berbuka puasa nanti.
Undang-undang tersebut mengikut kesalahan di bawah Seksyen 170 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.
" Fuhhh, nasib baik aku tidak tinggal di Pahang. "
Ada juga suara-suara sumbang yang akan komen sebegini. Bagus juga jika undang-undang tersebut di gunapakai dan di kuatkuasakan dalam Malaysia. Bukannya susah pun hendak berpuasa.