Dia hadir waktu aku sudah bergelar tunang orang. Awal-awalnya, aku fikir hanya biasa-biasa saja, tetapi pada hujung-hujungnya, aku tahu semua itu bukan lagi sekadar biasa-biasa saja. Sudah menjadi sangat-sanggat luar biasa.
Aduhai… Kenapa dia macam syok sahaja dekat aku? Selalu buat benda-benda yang tidak aku jangkakan. Atau aku yang terlebih syok dekat dia? Kalau betul, apa yang harus aku lakukan? Minta putuskan tali pertunangan? atau aku kena lari bersama dengan si dia.
"Degil sangat ni kenapa? Nasib baik awak jauh."
"Kalau dekat kenapa?"
"Saya cium awak!"
"Encik nak ke cium saya ni. Kan saya kuli encik. Lalu ke encik cium saya?" Aku buat-buat gelak walaupun aku tak ada mood langsung nak gelak.
"Awak berani cakap macam tu sebab kita jauh. Kalau dekat nak cakap dengan awak pun susah. Betullah kata orang, bila jauh dirindu!"
"Eh! Tolong sikit. Siapa yang rindukan encik. Tak nak saya rindukan encik tu!" Cepat saja aku nafikannya.
"Betul? Betul tak rindukan saya?"
Aku diam. Tak boleh nak jawab. Sebab memang betul aku rindukan dia.
RINDU GILA!
Bila Hati Kata Sayang
Akan tetapi, bolehkah aku terus-terusan merindui dia? Bolehkah aku jatuh cinta kepadanya sedangkan aku tahu, semuanya sudah benar-benar terlambat.
Pesanan GreenAppleKu : Tak boleh jatuh cinta pada tunang orang. Be a good person. Kalau orang jatuh cinta pada tunang anda pula, apa yang anda rasa. Buang jauh-jauh rasa rindu, rasa cinta tersebut. Jadilah seorang blogger. Ianya mampu merawat rasa sunyi di dalam hati. Betul tak korang?
Dan untuk baca selanjutnya cerita diatas, boleh dapatkan novel terbaru karya MARISSA yang bertajuk BILA HATI KATA SAYANG.
tak perlu lah ada perasaan dekat buah hati orang lain..lebih-lebih lagi tunangan orang dengan suami/isteri..
jadi blogger pown jadilah blogger yang baik.. ;)
yang boleh dijadikan contoh..heee
betul tu..jadilah blogger..ada apa2 yang tak puas hati, nak luahkan perasaan, nak berkongsi info, semua boleh...chaiyok..chaiyokk...
Sebaiknya jangan tunang lama-lama untuk mengelak hal seperti ini terjadi...
blog akak telah ditag
http://www.mohamadazhan.com/2011/06/info-sihat-kebaikan-epal-hijau.html
CIRI-CIRI BLOG YANG MENDAPAT SAMBUTAN PEMBACA
Terima kasih sebab tidak lupa pada greenappleku.
Tgk epal hijau, ingat greenappleku tau. hehe..