" Saya berkenalan dengan bakal isteri selama sebulan dan selepas itu kami  mengambil keputusan untuk berkahwin. Selepas berkahwin barulah saya tahu yang isteri saya seorang yang sosial sehingga ada ketikanya dia terlupa untuk pulang ke rumah. Saya benar-benar tidak dapat terima cara hidupnya. Saya lebih banyak berdiam diri kerana amat menyayanginya. "


Yang tengah blurrr..
Lelaki ini suami orang.


Adehhh ler, ada juga kaum se gender ku yang berperangai cam tu yer. Sosial sehingga lupa nak pulang ke rumah. Udah ler tu, hubby dia baik sangat. Tak marah pun. Cuba ler korang bayangkan kalau suami yang buat perangai cam tu. Adakah si isteri akan berdiam diri sahaja.

Moral of the rintihan hati seorang suami ni, cuba slow talk dengan isteri. Tanya dan bawa berbincang baik-baik. Bincang hati ke hati. Apa masalah isteri sebenarnya. Mana tahu ada perkara yang isteri tidak puas hati pada suami. Sebab tu isteri memberontak dengan cara bersosial hingga lupa rumah. Setiap masalah ada cara untuk di selesaikan.



14 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Unknown berkata…
Apa yang dimaksudkan dengan bersosial sampai lambat pulang ke rumah? Bersosial tu maksudnya buat aktiviti kemasyarakatn ke yaa? :)
Misz-ella berkata…
Haiyoyo .. awat lagu tu?? sampai lupa rumah?? tu namanya over!! hihi ..
qucachahir berkata…
saya dengar di radio FM pagi tadi..
hurm..kesian suami dia..
patut amek tindakan oleh suami terhadap isteri..bukan berdiam diri..
EgStories berkata…
@ Dr, Mohd Hafiz, saya rasa ni bukan sosial seperti yang Dr. maksudkan tu. Ini sosial lebih ke arah berparti dengan kawan-kawan ni.
EgStories berkata…
@ Kakchik ella ku, memang over, kalau ada problem pun jgn lah buat sampai cam tu kan.
Farah Shamsudin berkata…
memang ada macam tu.. macam sorang rakan saya. bila dia jumpa kawan, sampai lupa nak balik rumah..kena bawa bincang hal ni..
EgStories berkata…
@ quca, yer suami patut ambil tindakan seterusnya. Apa kata ikut sama isteri dia bersosial ?? Erk..
Mas berkata…
ada juga isteri macam ni..
memang parah klu dah kahwin tapi
masih tak berubah...
kene berbincang untuk dapatkan jalan penyelesaian....
EgStories berkata…
@ Farah, awak nasihat lerr kwn awak tu, memula memang ok tapi lelama...cian kat kwn awak tu nanti. mcm awak kata, bawa berbincang.
qucachahir berkata…
haa..betol tue..join bersosial sekali..hehe..
bersosial yang sesuai dengan keadaan.. ;)
Unknown berkata…
kalau dah berlaki tu faham2 la ye balik rumah.bukan anak dara lagi.dah jadi hak orang.
Unknown berkata…
syurga isteri di bawah telapak kaki suami. so, fikir-fikirkan...
EgStories berkata…
@ Rozuan n Zalin, dasyat gak korang yer..sesekali komen panas gak nih..haha..
Ayen... berkata…
takutnyelaa kwn.....
Terbaru Lebih lama