Kawan saya kata,
"Apa punya tajuk yang kamu letak nih..buat aku tertarik nak semak pula..hehe.."
(Puncanya, dia terbaca entri ini ketika entri ini masih dalam proses penulisan)
CURANG. Definasi curang ialah apabila anda melakukan sesuatu yang tidak akan anda lakukan di hadapan pasangan anda.
Definisi ini cukup ringkas dan tepat. Maknanya apa saja yang akan anda lakukan, anda tidak akan berani melakukannya dihadapan pasangan anda. Contohnya mungkin komen difacebook, emel, sms atau topik perbualan mahupun cara anda memandang seseorang yang anda tidak mahu pasangan anda tahu.
Jika diri anda sedang memiliki contoh yang ada diatas, tahniah sebab curang!
Kenapa anda tidak mahu pasangan anda tahu? Anda mungkin tahu bahawa sekiranya pasangan anda tahu mengenai perkara tersebut mereka akan kecil hati, merajuk, marah, kecewa, sakit hati, patah hati dan besar kemungkinan perbuatan anda itu akan merosakkan hubungan anda dengan pasangan anda.
Sebelum kita melakukan sesuatu perkara, ambil masa untuk berfikir seminit, adakah saya akan melakukan perkara ini dihadapan pasangan saya?
Jika jawapanya “TIDAK”, jangan CURANG. Hargailah pasangan anda.
" Akak, dia yang curang dulu, jadi salahkah jika saya pun curang juga? "
Em..jika itulah jalan yang Cik adik pilih, terima sahajalah hakikat bahawa tiada jodoh antara kalian. Sebab jika adik ada niat untuk memperbaiki hubungan, adik tidak akan bertindak sedemikian. Adik akan face to face dengan pasangan adik dan bersama berbincang mencari jalan penyelesaian.
Sebagai manusia, kita kena ingat bahawa ujian dariNya tetap akan hadir. Dan sebagai manusia yang waras akal fikiran haruslah memilih untuk dekat dan kembali kepadaNya ketika ujian tersebut melanda. Tiada jalan lain!
Barulah masalah dapat di selesaikan. Insyaallah..ada jalannya.
byknye kite curang...
kekekeke...
semua kite buat blkg die kcuali makan, minum dan berjalan..
xpenah tinggal serumah lagi.. x__x
@ Miss Senget, blh kasi hp no. pasangan awak tak..nak beri tahu dia, awak curang..hehe
@ Dr. Mohd Hafiz b. Dato' Osman, terharu rasanya, nak nangis pun ada..kecil hati..tak derlah Dr. Just gurau senda sesama rakan blogger. Hehe..tq sebab sudi terjah sini.
@ storyfromme, andai tahu menghargai pasangan, memang kes curang ini tak kan berlaku..betul tu..
Lagi satu, Allah kan sedang memerhati..
speechless...
;)
speechless...
;)
Luasnya makna curang.. perlu setiap hari kita bertny diri, sbb peluang dan ruang nak curang tu lebih byk dari tak..
sebab saya single...hehe..setakat baru abis spm..baik single jer..malas nak pikir curang-curang nih..
huhuu...curang ke??
tp kalo tak bgtau plak, kalo kantui. mula la si dia terasa hati..pandai2 la manage risiko sendiri. ahaks..