Pernah dengar ungkapan ini, ‘life begin at 40’. Entah kan betul atau tidak ungkapan tersebut. Tapi berdasarkan pembacaan serta cerita dari rakan-rakan, seperti secara kebetulan pula ungkapan tersebut, ada juga benarnya.
Ada satu cerita. Cerita seorang lelaki, Jejaka Macho (nama samaran) yang sudah berkeluarga. Keluarganya aman damai serta bahagia. Jejaka Macho seorang ahli perniagaan yang berjaya lagi disegani. Anak-anaknya pula, semuanya berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke universiti. Memang keluarga ini layak untuk di jadikan sebagai keluarga contoh.
The story begin, ketika Jejaka Macho menghadiri satu mesyuarat pra tender dan di situlah dia telah bertemu semula dengan rakan se’universiti’ ketika mereka sama-sama belajar di luar negara. Red Rose (nama samaran) terkejut dan tidak sangka, Jejaka Macho yang dahulunya Red Rose ‘reject’ cintanya, kini seorang SOMEBODY!
Dari pertemuan sebagai rakan biasa, bertukar kepada rakan niaga. Kekerapan bertemu sebagai rakan niaga mula membuahkan kemesraan. Dan apabila kemesraan telah bertukar menjadi rindu..ehm..akhirnya Jejaka Macho berkahwin untuk kali yang kedua. (Walaupun tanpa persetujuan dan pengetahuan isteri pertama).
Disana menanti, disini menunggu. Sejak beristeri dua, haru biru kehidupan Jejaka Macho. Bertambah ribut ketika isteri pertama (Red Mama) mendapat tahu yang dirinya telah dimadukan. Naluri seorang isteri, memang selalunya tepat. Percayalah. Itu satu keajaiban yang ada pada seorang isteri.
Red Mama beri kata dua, kalau pilih disana, ceraikan dia. Kalau pilih disini ceraikan disana. Sungguh konspirasi betul!
Red Mama tidak membenarkan Jejaka Macho berjumpa dengan Red Rose. Panggilan telefon di pantau. Pergerakkan Jejaka Macho di ‘GPS’. Kotak meter pada kereta juga telah di set. Kalau terlebih km, alamat tahan telingalah dengar tarbiah, ceramah, motivasi dan pidato Red Mama.
Kepada Red Rose, Jejaka Macho minta bersabar sepanjang ‘perintah berkurung’ yang dikenakan terhadapnya walaupun telah sebulan mereka tidak dapat bertemu. Rela dalam terpaksa Red Rose bawa bersabar walaupun telah masuk bulan yang kedua. Sabarnya Red Rose walaupun hanya dapat berhubung dengan suami melalui chit-chat difacebook!
Em..agaknyalah apakah kesudahan kisah mereka yer?
Nota : You all better be aware when ‘life begin at 40’. Ahaks..
Tapi kalau hati dah suka, lautan dalam sanggup di renangi..hehe..