Seingat aku, anak yang sulung dapat pegang handphone bila dia dah habis sekolah menengah. Bila tengok kawan-kawan ada handphone dan tablet, dia teruja nak ada satu dan tanya, kenapa mama dan abah tak benarkan.
Sebab beberapa tahun yang lalu, handphone bukanlah satu keperluan untuk anak yang masih bersekolah. Memiliki handphone pada masa itu pada pendapat aku lebih kepada satu trendy. Terikut-ikut. Dan tujuannya hanya untuk main game, tonton movie dan layan Youtube.
Masa lapang anak sebenarnya boleh di isi dengan membaca komik, novel, majalah, permainan Saidina, Sahibba, Badminton, Lompat Tali, Congkak dan lain-lain. Paling tidak mereka layan program di television.
Aku tak bagi sebab banyak kesan buruk dari baik bila anak dah asyik dengan handphone. Percayalah, sebagai ibubapa kita mampu kawal tabiat ketagih handphone. Jangan mula beri terutama untuk anak berumur 2 tahun ke bawah.
Namun sejak pendamik Covid19 melanda dan PdPR diguna pakai sebagai medium pembelajaran, aku terpaksa benarkan anak guna handphone, tablet dan laptop.
Guna gadget secara bergilir. Kalau akak dan abang guna laptop dan tablet, Hud akan guna handphone aku. Dan bila dah setiap hari mata terdedah dengan cahaya biru dari skrin gajet, aku dapatkan Cermin Mata Anti Blue Light khas untuk kanak-kanak dari OPTOM Eyecare, Bangi.
Antara keistimewaan Cermin Mata Kanak-kanak Anti Blue Light
OPTOM EYECARE
Melindungi Mata Anak dari Bahaya Cahaya Biru
Cermin mata kanak-kanak OPTOM mampu mengurangkan keletihan mata dan melindungi mata dari cahaya biru yang berisiko tinggi menjadi punca kerosakan mata. Terutama dalam situasi penggunaan skrin gajet atau komputer yang berpanjangan.
Pelbagai Pilihan Menarik
Terdapat banyak pilihan warna dan design bingkai cermin mata yang menarik untuk dipilih mengikut citarasa anak-anak. Warna dan design cermin mata yang menarik pastinya akan membuat anak lebih teruja untuk memakainya.
Ringan dan Selesa Dipakai
Cermin mata OPTOM direka dengan material yang ringan agar anak-anak selesa memakainya dan dapat menjadikan pemakaian cermin mata ini sebagai habit setiap kali menggunakan gajet, laptop atau ketika menonton tv.
Bingkai Cermin yang Flexible
Rekabentuk bingkai dan tangkai yang mudah lentur amat bersesuaian dengan sifat anak-anak yang aktif dan lasak. Taklah kita rasa risau cermin mata tu patah dan sebagainya.
Rekaan Fitting Frame-Face
Cermin mata untuk kanak-kanak ini juga menggunakan rekaan fitting frame-face agar cermin mata tidak mudah tertanggal ketika anak melakukan aktiviti lasak.
Nak dapatkan cermin mata ni? Layari media sosial Optom Eyecare untuk maklumat lanjut.
Instagram : https://www.instagram.com/optombangi
Facebook : https://www.facebook.com/optombangi/