BEYOND RETRO! Kali pertama aku terpandang smart watch Amazfit Neo buat aku teringat dekat jam tangan Casio merah aku. Warna yang sama. Design lebih kurang sama. Aku pakai si Casio merah tu dari sekolah rendah hinggalah sekolah menengah. Habis SPM sementara nak tunggu result, aku kerja di A&W Penang International Airport sebagai cashier.
Pelbagai ragam yang aku temui. Hingga ada customer yang aku dah hafal menu kesukaannya. Seronok dia bila aku senaraikan apa yang selalu dia order dengan betul. Dan dia tak sangka aku ingat. Bermula dari hari tersebut, bila nak order dia just sebut…
“As usual.” Dengan riak wajah ceria.
Begitulah sedikit sebanyak cara aku nak bagi pelanggan happy bila melangkah masuk ke A&W. Takde niat lain pun. Dapat gaji pertama, rasanya aku beli jam tangan baru. Lepas tu aku tak ingat dah apa kesudahan Si Casio Merah.
Berbalik kepada Amazfit Neo ni, bila terlihat Ben Ashaari share di Facebook dan Instagram dia, terus aku jatuh suka. Design klasik, perincian modern dan boleh connect dengan smartphone. Kemudian, aku terpandang pula gambar perkongsian dari Saidila Abdul Rahman, terus aku buka link Lazada cari shop Dasher dan beli.
Aku beli dengan harga promo. Harga dalam RM99. Tak ambil masa yang lama untuk barang aku sampai. Packaging dari seller Dasher kemas. Aku dapat screen protector percuma. Terima kasih Dasher.
So far aku puas hati dengan koleksi jam 2021 aku ni. Sedap pakai, ringan dan fungsi yang aku nak seperti Heart Rate Monitoring, Sleep Monitoring, Notification dan Always-on Display ada pada jam ni. Lain orang lain keperluan dia. Bagi aku, item basic macam tu pun dah memadai.
Kalau korang berminat nak ada satu koleksi ni sebagai kenangan, klik terus di link yang dah aku kongsikan.
Specification Amazfit Neo (link pembelian)
1.2” STN B&W DISPLAY
4 BUTTONS (SELECT/BACK/UP/DOWN)
BLUETOOTH 5.0 BLE
160mAH
BAND MATERIAL : SILICONE
BAND WIDTH : 20mm
BAND LENGTH : 12+8.6cm
CHARGING TIME : 1.5 HOURS 28 DAYS (TYPICAL)
WATER RESISTANCE 5ATM
APPLICATION ZEPP
ACCELERATOR SENSOR
HEARTRATE SENSOR
Menarik pula harga - boleh bagi hadiah kat my nephew nie.