Menurut kajian Dr. Boris Vasilyev, seorang doktor sains perubatan dari Amerika Syarikat, mandi dengan kelopak bunga ros adalah penawar yang paling sempurna untuk menentang masalah saraf. Amalan ini boleh mengembalikan keanjalan kulit, awet muda, menghilangkan kebimbangan dan menghaluskan kulit.
Serupalah dengan mandi bunga yang diamalkan oleh orang Melayu untuk menaikkan seri wajah dan awet muda. Mandi bunga itu sendiri sudah cukup dalam rahsianya tanpa perlu ada jampi, mantera atau serapah yang karut marut.
Caranya cukup mudah, tuangkan air panas ke dalam mangkuk kemudian tambahkan setengah mangkuk kelopak bunga ros. Tutup mangkuk itu rapat-rapat supaya haruman minyak wangi dari ros itu tidak keluar. Selepas itu barulah curahkan ke dalam air mandi. Air rendaman bunga ros adalah penawar paling berkesan untuk menghaluskan kulit.
Di negara yang panas seperti Malaysia, lebih baik gunakan air sejuk atau air paip biasa yang dicampurkan dengan kelopak bunga ros. Air sejuk adalah alat penyerap atau perakam yang sesuai untuk dijadikan sistem penghantar tenaga yang cepat ke sel yang jauh dan menyeluruh.
Haruman bunga ros sebagai penawar penyakit yang digunakan meluas di dalam perubatan Islam silam. Di mana kekuatannya? Kaedah ini juga dinamakan sebagai terapi wangian atau orang sekarang panggil aromaterapi.
Patutlah fikiran terasa tenang, damai dan syok saja bila dapat menghidu bunga ros. Rupanya minyak bunga ros, menjadi asas pada kompenan penawarnya.
Ia meransang dan mengharmonikan sistem pertahanan badan dan sistem saraf.
Ia juga meningkatkan aktiviti kelenjar endokrin, menghilangkan masalah sclerous pada organ dan memperbaiki sel.
Minyak bunga ros sangat baik untuk saluran penghadaman kerana ia boleh menjadi penawar yang paling berkesan kepada membran mukus. Ia juga boleh menentang bakteria dan mengatasi masalah proses penghadaman di dalam perut dan usus kecil.
Kelopak bunga ros mengandungi vitamin C, karotena, kumpulan vitamin B dan K, kalsium dan kalium. Kalium sangat penting untuk mengekalkan aktiviti normal jantung. Kandungan tembaga di dalamnya menggalakkan haemopoesis dan meningkatkan aktiviti kelenjar endokrin. Iodin didalamnya bagus untuk kelenjar tiroid.
Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Boris Vasilyev, bakteria akan mati dalam masa 5 minit apabila tersentuh kelopak ros segar. Ini menjadikan bunga ros adalah penawar yang paling sempurna ciptaan Tuhan untuk merawat penyakit kulit.
Dari kelopak segar, hinggalah pada serbuk kering, semuanya ada kuasa penawar. Serbuk kelopak bunga ros yang dicampurkan dengan madu, adalah penawar paling mujarab untuk mulut radang, stomatitis (radang pada membran mukus mulut) dan paradontose. Campuran tersebut hendaklah disapukan pada gusi yang mengalami keradangan.
Pening kepala, mabuk, lemah tenaga, sistem saraf yang lemah, mudah terganggu emosinya dan kemurungan boleh dirawat dengan menghidu bunga ros segar ataupun minyak ros.
Wangi-wangian adalah makanan roh dan akal.
Nak bukukan koleksi gambar istimewa? Simpan di Photobook dan jadikan sebagai rujukan, kenangan ataupun hadiah.
#minyakbungaros #aromaterapibungaros #rahsiabungaros #minyakwangi #mandibunga
#terapibunga #harumanbungaros #aromaterapi #khasiatbungaros #Kelebihanbungaros