Buat aku yang bercermin mata, adakalanya problem juga mencari cermin mata yang stylo, simple tapi harga tak mahal dengan kata lain mampu beli. Tahukah anda, cermin mata mampu buat penampilan seseorang tampil bergaya lagi berkeyakinan.
Dah lama aku tercari bingkai spek ala Rayban ni. Satu hari tu aku ternampak bingkai spek idaman di Facebook Eye Pro Vision. Harga murah pula tu. Korang yang pakai spek tu follow FB Eye Pro Vision jika belum follow untuk ikuti design spek terkini.
![]() |
Tak susah nak cari kedai. |
Aku pun terus PM di messenger Eye Pro Vision Minta team mereka simpan satu untuk aku sebelum sold out! Kebetulan aku dan Encik Hubby ada urusan di KL dan aku dah plan untuk singgah ke Sungei Wang Plaza.
Nak ke Sungei Wang Plaza tak susah. Dari hotel kami berjalan kaki ke stesen KL Sentral. Dari situ kami naik monorel dan turun di Stesen Bukit Bintang. Dari Stesen Bukit Bintang ni terus berjalan masuk ke Sungei Wang Plaza.
Kami terus ke ground floor dan cari Lot G111. Sepanjang jalan aku perasan banyak juga kedai cermin mata yang guna ayat 'Kedai Viral' untuk mempromosikan kedai mereka.
![]() |
Rambang mata. Semua design terkini dan cantik. |
![]() |
Harga spek murah dan berkualiti. |
Tak susah nak cari Eye Pro Vision. Masa kami sampai, dah panjang dah barisan untuk masuk ke kedai. Dalam kedai pun dah ramai orang. Beratur dan sabar menunggu sehingga giliran kami tiba. The New Normal yang perlu kita ikut sehingga Covid-19 lenyap sepenuhnya di Malaysia.
Aku nampak William sibuk tak menang tangan menguruskan pelanggan. Dan kebetulan aku di sapa oleh sorang staff. Terus aku bagi detail apa yang aku nak. Dan lega rasanya bila simpan spek yang aku dah booking.
![]() |
Adakalanya, nak buat pilihan tu sukar... |
Yang buat kedai spek ni special sebab spek korang siap dalam tempoh 1 jam! Tapi melihat ramainya pelanggan, aku dah plan nak minta mereka pos kan sahaja spek aku jika tak dapat siap pada hari tu.
![]() |
Alpha Blue 420 bagus untuk kawal silau. |
Tapi sangkaan aku salah, spek aku sempat siap dalam masa 1 jam memandangkan aku hanya perlu Alpha Blue 420. Mahal ke tak?
Bingkai + Alpha Blue 420 = RM125!
* Alpha Blue 420 untuk mereka yang sentiasa hadap komputer, handphone, laptop atau ada silau malam. Cermin block 100% silau. (Kes aku la ni.)
Aku sempat la berbual seketika dengan William sambil dia check tahap kerabunan dan bacaan A B C aku. Siap ucap tahniah kat aku sebab power mata aku dah ada peningkatan.
Dan rezeki aku la sebab terjumpa pula rakan blogger kat situ. Dia datang ambil spek. Memang aku tak perasan jika William tak maklumkan. Walhal aku lalu di belakang Shazillah sebelum masuk ke bilik pemeriksaan. Maybe sebab masing-masing bertopeng agaknya.
Sebelum ni kami hanya berbual di group Whatsapp. Dan peluang ni kami tak siakan dengan selfie sebagai kenangan. Takde peluang aku nak selfie dengan William sebab dia sibuk uruskan pelanggan pada hari minggu. Walaupun ramai pelanggan tapi sistem pengurusan mereka teratur dan tak carca merba.
FAQ MENGENAI EYE PRO VISION
Kat sini aku share FAQ dari admin Eye Pro Vision. Antara soalan yang menjadi pertanyaan ramai.
(Betul, Betul, Betul dan tak ada hidden kos kecuali power lebih 400, walaupun power lebih 400 siap RM125 sahaja)
(Betul, RM65 bingkai siap cermin multicoated)
(Power berapa?? Sampai 1000 pun harga RM200 je)
(Boleh, power 1000 ke bawah bole dapat dalam masa 1 jam)
(Pilihan tak banyak, ada 2000 sahaja )
Alamat : Lot G111 Ground Floor
Sungei Wang Plaza , Jalan Bukit Bintang
Waktu Operasi : Setiap hari dari jam 11 pagi hingga 6 petang
Phone : 016-377 1304 ( William )Facebook : Eye Pro Vision
Instagram : eyeprovision_g111