Kalau korang ikuti aku di instagram, korang akan perasan salah satu aktiviti bersenam kegemaran aku ialah Jump Rope. Selain kos tak mahal, senaman ini juga boleh di lakukan dalam rumah. Nak special sikit, buat di halaman depan rumah.
Tapi pastikan pakai pakaian yang bersesuai. Jangan korang bantai pakai baju kelawar atau berkain pelikat buat lompat tali. Kot ada yang rakam, mau viral oii.
Baru ni aku terbaca perkongsian Muhamad Harif Hussin di fb mengenai manfaat lompat tali ni. Terus aku cari rope dan mula melompat. Sejak kita berpuasa, hampir sebulan jugalah aku tinggalkan senaman ni.
5 minit masa yang diperlukan. Lompat seminit, rehat 15 saat. Ulang proses ini sebanyak 5 kali.
Apa yang bagusnya bila kita buat jump rope ini?
Melalui perkongsian Muhamad Harif Hussin di facebook berikut aku kongsikan 6 kebaikkan buat jump rope secara istiqamah setiap hari.
1. Pembakar lemak yang mantap.
Lompatan selama 1 jam dapat bakar sehingga 1300 kalori. Dengan 10 minit buat jump rope, sama macam kita jogging 1.6 km selama 8 minit.
2. Koordinasi langkah kaki bertambah baik.
Untuk mereka yang semakin meningkat umur sangat bagus. Jump rope dapat melatih otak membuat beberapa pergerakan dalam 1 masa.
3. Mengurangkan kecederaan kaki dan pergelangan kaki.
Sebabnya kita dah bentuk otot kaki kita bertambah kuat dengan senaman jump rope. Jadi kaki ini dah siap terima apa-apa gerakan atau hentakan yang berlebihan bila-bila masa.
4. Postur badan bertambah baik.
Kalian yang selalu di depan komputer, ini dapat menyebabkan postur kalian menjadi bongkok. Semasa buat jump rope, postur badan automatik berubah menjadi menegak dan mendada.
5. Tulang bertambah padu dan otot semakin kuat.
Jump rope ini senamannya seperti senaman angkat berat. Kesannya, tulang dan otot kita jadi lebih kuat untuk menampung berat badan.
6. Dan yang pastinya, buat jump rope ini memang fun dan enjoy.
Kalian boleh buat di mana sahaja. Tak perlu tempat dan ruang besar. Yang penting ada tali jump rope.
Wow. Banyak rupanya manfaat senaman ni. Nampak macam takde menda. Just lompat for fun. Rupanya...
Anak-anak aku pun suka buat Jump Rope ni. Mereka lebih advance, siap boleh buat pelbagai Cross-Over. Run Cross, Double Cross dan Side Swing. Aku, cukuplah masih mampu bertahan selama 5 minit. 😁
Singgah ke Instagram rush_athletics untuk belajar pelbagai cara Jump!
sakit lutut ni tak boleh