PG Mall ialah platform e-dagang nombor 1 di Malaysia dan satu-satunya platform pembelian secara talian tempatan sejak 2017 dan kini makin berkembang maju.
Antara bisnes kecil-kecilan pertama yang aku jual ialah roll-on perfume! Berkotak jugalah aku restok sebab selain jual secara COD, aku letak juga stok di shoplot terpilih.
Masa tu roll on inspired perfume baru mula bertapak. Produk memang laku keras. Bila dah terlampau banyak saingan, aku stop dan beralih kepada industri makanan sebagai penjual Brownies.
Bermula tahun lepas, entah macam mana aku boleh terjebak jual tudung bawal edisi Merdeka. Sambutan memang menggalakkan. Alhamdulillah. Sehari sebelum Merdeka pun masih ada permintaan.
Tahun ni, aku jual Kaftan Dubai. Baju kelawar (nick name lain) selalunya orang pakai as baju tidur, memang legend sejak dari dulu lagi. Disebabkan kualiti kain, corak dan design yang terkini... kaftan dah ada yang pakai gi shopping. Selesa lagi tampil trendy.
Selain pos dan COD, terfikir jugalah aku nak jual secara online di platform e-commerce. Lebih mudah untuk pelanggan nak rujuk stok terkini. Dan salah satu platform yang ada dalam senarai aku ialah PG Mall.
Kenapa PG Mall?
Tersenarai di dalam top 3 sebagai platform tempatan e-commerce oleh Iprice insight report di https://iprice.my/insights/mapofecommerce/en/
Added Value
Terkini lebih daripada 1,000,000 pelanggan (dan masih berkembang) yang menggunakan PG Mall di seluruh Asia Tenggara (SEA). PG Mall menyasarkan sekurang-kurangnya 10,000 seller untuk menyertai platform tahun ini.
Untuk jadi seller/peniaga di PG Mall, adalah percuma. Cuma dikenakan bayaran transaksi 5% termasuk bayaran gateway pembayaran.
Pelbagai Rakan E-dompet Utama
Pembeli ada pelbagai pilihan pembayaran sebab PG Mall adalah satu-satunya platform yang mempunyai semua rakan e-dompet utama seperti Maybank QRPay, TouchnGo e-wallet, Boost, GrabPay, Alipay dan lain-lain.
Peniaga juga akan berpeluang menikmati pelbagai kempen kreatif dan menarik kolaborasi bersama e-wallet dan bank terpilih. Program setiap bulan ini salah satu peluang mendorong penjualan dan trafik ke e-store mereka.
Rangkaian Promosi Media Sosial
PG Mall juga ada group pelanggan yang aktif mempromosikan seller di PG Mall di media sosial. Perkongsian pengalaman membeli-belah, review ini adalah salah satu point untuk tarik pelanggan membeli dengan peniaga.
Selain itu juga, PG Mall mempunyai pasukan Management Info System (MIS) dalaman yang kuat yang membolehkan seller melakukan pelbagai kempen dan integrasi kedai lebih kreatif.
Paling penting PG Mall berintegrasi dengan SelluSeller, EasyStore, iStoreiSend, urStore, tresGo, Etailer Gateway, Red Dino dan lain-lain. Jika sebelum ini ada seller yang telah menggunakan servis provider tersebut, korang boleh terus join PG Mall sebab mereka dah berintegrasi dengan PG Mall.
Bagi urusan penghantaran produk kepada pelanggan, PG Mall bekerjasama dengan perkhidmatan pengeposan seperti POS Laju, Skynet, Gdex, JnT express, ABX express, DHL, Easy Parcel dan lain-lain.
Menarik juga PG Mall ni. Untuk dapatkan info yang aku tak senaraikan, korang yang berminat boleh rujuk link yang aku share di bawah.
Layari:Website: www.pgmall.my
Facebook: www.facebook.com/PGMallOfficial
Instagram: PGMall.my