“Mama, pompuan (Elektra) tu bodoh la. Laki (Daredevil) tu
kan nak selamatkan dia dengan bapa dia. Cuma letupan tu jadi gangguan. Laki tu
terlepas nak tangkap tongkat dia. Terus tercucuk bapa pompuan tu.”
“Then…” aku mencelah bagi peluang Dhiya tarik nafas. Sambung kunyah Mister Potato. Perisa regular.
“Pompuan tu ingat laki tu lah yang bunuh bapa dia. Dah tak
pasal-pasal nak balas dendam. Nak bunuh orang yang bunuh bapa dia.”
Emosi sungguh Dhiya dengan situasi ketidakadillan yang
terjadi. Aku hulur botol Mister Potato. Semoga kuranglah segala rasa yang tak
enak.
“Ni semua kerja lelaki kepala botak tu lah.”
Komen Dhiya ketika kami sama-sama tonton movie DareDevil
(2003). Movie tu dah bertahun tapi baru sekarang kami berpeluang nak tonton.
Hikmah Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB). Banyak masa terluang yang
dapat di manfaatkan bersama keluarga.
“Begitulah kehidupan ini anakku. Berhati-hati dengan apa
yang kita lihat. Walaupun ianya terjadi depan mata. Tapi detail kejadian tak
kita ketahui semuanya.”
“Macam cerita ni. Dari elok mereka bersahabat. Terus jadi
musuh. Sampai tahap berdendam.”
“Adakalanya situasi yang kita lihat, yang tak nampak di mata,
yang kita tak tahu cerita dari A-Z, yang kita sendiri tak terfikir nak bertanya…
tak sama dengan apa yang kita fikirkan. Jadi jangan judge.
Jangan ambil sikap
terburu-buru. Jangan lantang sangat jari muat naik status. Jangan sikit-sikit nak saman. Menambah kerja lawyer. Akhirnya terserlah
kebodohan sendiri. Menyesal pun dah tak berguna."
Panjang lebar pula nasihat aku kepada Dhiya. Terganggu
jugalah emosi aku tengok movie tu.
Koleksi dari Marvel ni memang bikin penonton
tak senang duduk dibuatnya. Rasa macam kita pula nak terjun masuk dalam cerita
dan betulkan keadaan.
Harapan aku, Dhiya faham la pengajaran yang dia tonton.
Semoga menjadi panduan bila dia berhadapan dengan pelbagai kerenah manusia yang
tak dijangka kelak.
“Kena minta maaf la bila dah salah terjah, dah salah sangka.” Sambung Dhiya.
“Boleh. Dan ada yang maafkan. Tapi situasi dah tak sama
macam sebelum kejadian.”
“Macam kertas. Jika dah di renyukkan, lepas tu kita betulkan
semula. Dah tak cantik dah kertas tu. Dah ada kesan renyuk.”
“Oooo…”
Nota : Kredit to Google atas perkongsian gambar poster movie DareDevil.