Throwback cite semalam. Ahad 8 December 2019. Aku dah beli tiket pada hari Jumaat. Kebetulan pagi tu aku ada urusan di Queensbay Mall. Terus lajak langkah aku ke Golden Screen Cinemas yang terletak di tingkat 3.
Ahad pagi, kami sampai ke GSC dalam jam 10:45 pagi. Fuh... full dan panjangnya barisan di ke semua kaunter makanan. Sempat ke ni?
Itu persoalan pertama aku bila melihat situasi semalam. Dan makan masa yang agak lama untuk cashier siapkan tempahan customer.
Hud dah mula dok tak diam. Kejap ke sana. Kejap ke sini.
"Lambat lagi ke mama?"
"Dah dekat pukul 11 ni."
"Eh...ada Star Wars..."
"Jom kita masuk dululah mama..."
Dan terus dia ajak abang dia main Ultraman lawan raksasa. Dah tak pedulilah orang yang pandang. Sebelum keadaan jadi makin tak terkawal, aku bawa dia jalan-jalan di sekitar GSC.
Dari tempat aku berdiri dengan Hud... boleh nampak En Hubby dan anak-anak yang masih beratur. Dan bila tiba giliran kami, baru aku tahu punca lambatnya servis.
Kotak pop corn tak di sediakan terlebih awal. Sepatutnya get ready banyak-banyak kotak pop corn. Sediakan seorang staff yang tugas dia bantu cashier untuk masukkan pop corn ke dalam kotak. Nak nak untuk movie yang memang meletop tayangannya. Servis akan jadi lebih cepat.
Pengalaman bekerja di A&W masa zaman selepas SPM dulu buat aku cakna dengan situasi tersebut. Kami ada had minit yang di tetapkan untuk siapkan order customer.
Benda yang boleh get ready awal seperti kotak, sos paket, straw, mug, paper cup dan lain-lain memang full kan stok di kaunter semaksimum boleh. Bila tengok stok dah susut, terus stok semula. Jangan sampai stok kosong!
Kami masuk ke panggung, duduk dan movie terus bermula. Fuh. Syukur. Tak terlepas seminit pun awal cerita Ejen Ali. Ada juga yang masuk 5 minit dan 10 minit selepas movie di tayangkan.
Sepanjang movie Ejen Ali, Hud enjoy sangat. Sebab memang dia ikuti siri ni di kaca tv. Gelak dan riak wajah dia memang teruja habis. Dari awal movie ni di tayangkan lagi dia dah ajak tonton cuba masa tak mengizinkan ketika itu.
Dan terima kasih to Kelab Blogger Ben Ashaari kerana belanja tiket movie untuk kami sekeluarga. Mungkin bagi sesetengah orang, apalah sangat. Tapi bagi kami sekeluarga, besar maknanya.
Dari 5 bintang, aku kasi 5 bintang untuk movie yang berjaya kutip RM6.4 juta selepas 3 hari tayangan. Hud keluar sambil nyanyi kita jaga kita... kita jaga kita... 😅
Kita Jaga Kita
(with Cuurley & Malik Abdullah)
(OST Ejen Ali)
Kini diriku tidak bersimpati
Masa depanku kabur tetapi
Mataku cerah kian menyala
Semua halangan tak bermaya
Semangatku
Membara
Laungkan suaraku memanggilmu
Bersama lalu jalan berliku
Walaupun tiada yang bersudi
Ku akan tetap berjuang sendiri
Sentiasa
Kita jaga kita
Mereka tiada masa untuk kita
Cuma kita berjasa untuk kita
Mereka tak tahu rasa hati kita
Sama-sama Kita
Kita jaga kita
Kita jaga kita
Siapa lagi kalau bukan kami
Orang luar jangan kecik hati
Siapa lagi kalau bukan kami
Jemput datang kalau berani
Aku saing untuk menang
Cakap terang orak tenang
Kalau pagi patah sayap
Petang aku cuba terbang
Campak aku dalam hutan
Semua rimau aku serang
Ikat tangan masuk gelanggang
lagu nyer...
actions.
semua ohsem lah pd aida. 10/10 aida beri kat ejen ali.
animasi malaysia yg semakin unggul!