Assalammualaikum dan hai.
Alhamdulillah. Baru-baru ni aku berpeluang membelai kulit wajah di Chandnis Beauty House yang terletak di Bandar Baru Ayer Itam Pulau Pinang. Dapat tenangkan minda seketika adalah moment yang amat diimpikan setiap wanita.
Haruman aromatherapy serta sapaan mesra beautician Miss Amy buat kehadiran rasa dihargai. Setelah mendapat kebenaran Amy, aku snap sekeping dua gambar sementara menanti giliran aku tiba. Hiasan dalaman Chandnis cantik, simple dan punya identiti tersendiri.
Pearl Calm Healing dicadangkan oleh Ms Malar untuk aku. Rawatan ini mampu mengurangkan stress. Surirumah sepenuh masa pun stress juga. Kami terperangkap dalam dunia kami yang tersendiri.
Rawatan dimulakan dengan Deep Cleanse dan Glowing. Wangi dan sejuk terasa di muka aku. Lembut sentuhan Malar yang sudah 15 tahun berpengalaman dalam dunia kecantikkan.
Selepas wajah di cuci bersih, rawatan mengeluarkan whitehead dan blackhead dilakukan menggunakan kaedah tampalan. Tidak menyakitkan! Diikuti dengan scrub yang bertujuan untuk menanggalkan sel kulit mati. Bila wajah dah benar-benar bersih, mudah kulit menyerap segala khasiat krim seterusnya.
Mask daripada ekstrak mutiara yang terasa sejuk ini bertujuan untuk mengecilkan pori-pori, mencerah dan glowingkan wajah. Aku pasti korang dah tahu khasiat mutiara untuk kulit wajah.
Selepas mask kering dan dibersihkan, Malar menyapu toner bertujuan untuk membersihkan segala saki baki kotoran yang mungkin masih ada.
Akhir sekali pelembap di sapu untuk penghidratan optimum pada siang hari dan melindungi kulit daripada sinaran UVA / UVB yang berbahaya. Ia membantu mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedutan untuk kulit yang lebih muda. Formula yang tidak berminyak agar kulit kekal terkawal dari minyak berlebihan.
Sebelum pulang, aku dihidangkan teh halia yang kaya dengan kalium, magnesium, vitamin B6 dan C, dan ia mengandungi banyak manfaat kesihatan termasuk penghadaman, mengurangkan keradangan sendi, migrain, loya, dan cirit-birit.
Chandnis Beauty House
Address : No.31B, Jalan Angsana, 11500 Bandar Baru Ayer Itam, Pulau Pinang
WhatsApp : 016-565 3079
FB : https://www.facebook.com/chandnis.penang
Business Hours : 11am-7pm (Closed on Sunday)
WhatsApp : 016-565 3079
FB : https://www.facebook.com/chandnis.penang
Business Hours : 11am-7pm (Closed on Sunday)
Selain Face Spa, antara perkhidmatan lain yang ada ialah Bridal Makeup, Makeup Course, Eyebrow Threading, Mehendi/Henna/Inai, Saree Drapping, Waxing/Bleaching, Wedding Set Rental, Hair Setting & Treatment.
Thank for reading. ❤