Salam dan hai semua.
Ha... aku yang terlebih happy bila nampak deretan buku nota Hello Kitty yang tersusun kemas dalam rak pameran. Pelbagai warna dan design. Dan pada harga RM1!
Aku apa lagi, terus grab 3 buah. Dan warna pink menjadi pilihan utama aku. Selagi ada warna pink, aku ambil. Hello Kittykan sinonim dengan pink.
Harga asal buku nota ni sekitar RM2 ke RM3. Kualiti kulit buku licin dan tebal. Surprise gift untuk Diyana sebab dia memang suka Hello Kitty ni. Berbeza dengan Yaya yang lebih teruja dengan koleksi Emoji ataupun Boboiboy.
Promosi ni berlangsung sehingga 31 Januari di Giant Bayan Baru, Penang. Giant tempat lain aku tak pasti. So, buat korang yang tinggal di sekitar, cepat grab sebelum tempoh promosi tamat.
Anak-anak boleh buat buku standby di waktu kecemasan. Atau jadikan hadiah kepada anak buah, anak murid, anak rakan atau rakan yang minat Hello Kitty. 😘
www.maisarahsidi.com