"Mama, semalam Kisyen kena pukul dengan bapa dia."
Cerita Daniel sebaik sahaja masuk duduk dalam kereta. Aku pandang Kisyen. Dia senyum macam biasa. Aku pula yang rasa bersalah kat dia. Semalam aku terlambat sedikit ambil anak balik sekolah sebab jalan sesak.
"La, why Kisyen tak cakap, aunty yang lambat ambil bukan Khisyen balik lewat."
"Takpe aunty." Kisyen tetap senyum seperti biasa.
"Mama, Kisyen cerita. Pukul 2:45 bapa atau mak dia akan call. Sekali lagi pukul 3:00, pukul 3:15 dan last pukul 3:30. Lepas tu rotan la jawapnya."
"Nanti bagi nombor hp emak Kisyen. Aunty nak simpan. Dan kenapa tak beritahu aunty yang Kisyen ni Cinderella?"
Anak-anak aku yang lain boleh pula bantai gelak selepas dengar apa yang aku cakap. Dan Kisyen tetap seperti Kisyen. Senyum. Selama aku tumpangkan dia setiap hari balik dari sekolah, itulah perwatakannya. Sopan dan ada adab.
Itu flash back kisah benar yang aku nak share dengan semua. Tak semua anak yang emak dan ayahnya bekerja be media akan terabai. Terabai atau tak terpulang kepada emak dan ayah nak tentukan.
Sebenarnya aku kagum dengan cara didikan mak ayah Kisyen. Mereka dah tetapkan jika telefon di rumah tak ada yang jawab sehingga jam 3:30, get ready la alasan dan sebab bila mak ayah balik kerja nanti. Telefon rumah biasa tu ya. Bukan handphone.
Setiap kali Kisyen datang ke rumah aku untuk berbasikal dengan Daniel, pasti emak dia akan WhatsApp aku untuk pastikan betul atau tak anak dia ada dengan anak aku. Bebas tapi tak lepas. Mungkin korang juga boleh guna pakai aturan tersebut kelak.
Siapa kata nak jaga anak ni mudah? Lagi-lagi bila anak dah semakin meningkat dewasa. Kena ambil tahu siapa kawan anak-anak kita. Dah kenal kawan anak, kenal juga siapa ibubapanya.