Beliau adalah Ibnu Jabir Ibnu Hayyan, seorang tokoh islam yang terkenal. Wah, kagumnya! Beliau berjaya menghasilkan minyak wangi daripada ekstrak tumbuh-tumbuhan.
Dah lama aku guna minyak wangi tanpa alkohol ni. Ada pelbagai jenama. Pilih sahaja mana satu yang berkenan dengan deria bau anda. Pakai sedikit sahaja. Jangan sampai sesak nafas orang lain dek kerana pakai minyak wangi dah serupa mandi minyak wangi. Aku pernah selisih bahu dengan kes seperti itu. Wangi memang wangi tetapi sesak nafas jika terlampau-lampau.
Patutlah agama Islam larang wanita memakai minyak wangi secara berlebihan. Bukan sahaja menarik perhatian, malah boleh buat orang pitam.
Terima kasih korang sebab sudi baca maha karya aku. Kehkehkeh...
Ceria ceriakan hidup korang walau dalam hati, taufan sedang mengganas.