Kita sedang membuka KEAIBAN sahabat kita, bagi kita tidak mengapa..sedangkan itu AMARAN ALLAH..
Kita sedang MEMFITNAH seorang hamba Allah, bagi kita tiada siapa yang mengetahui kebenarannya..sedangkan kita tidak peka bahawa kita dalam PEMERHATIAN ALLAH..
Kita sedang melepaskan TANGGUNGJAWAB kita terhadap orang lain, bagi kita tidak kisah, kita ada kuasa..tapi kita tidak sedar, jalan yang sedang kita tuju adalah jalan menuju AZAB ALLAH..
NOTA : Pergunakanlah LISAN dengan sebaik-baiknya..jangan sampai ada HATI-HATI INSAN yang terluka oleh UCAPAN kita, jangan sampai ada hati yang menderita akibat PERKATAAN kita.
Amat mudah melakukan kesilapan..
Berpesan-pesanlah kita sesama manusia..
Alhamdullilah...ingat Allah dalam setiap sesuatu, tuntutan amal maaruf nahi mungkar memang sukar terutama kepada sahabat2 terdekat. Peringatan buat diri sendiri, terima kasih Eiza kerana kata2 anda selalu buat saya terkesan.
~aZrin~