JAWAPAN DARI JAKIM 

Memakai cincin menurut SUNNAH yang diperbuat daripada PERAK adalah HARUS bagi lelaki manakala bagi perempuan harus memakai cincin yang diperbuat daripada emas.

Rasulullah SAW pernah memakai cincin diperbuat daripada PERAK sehingga baginda wafat. Baginda MELARANG memakai cincin emas sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi bermaksud:

"Rasulullah SAW melarang daripada MEMAKAI CINCIN EMAS..".

Cincin suasa adalah campuran daripada dua unsur logam iaitu emas dan perak. Oleh kerana cincin suasa campuran emas lebih daripada perak maka ia dihukumkan emas dan haram dipakai oleh kaum lelaki.

JAWAPAN DARI UST. AZHAR IDRUS 

"Apa yang saya ketahui HUKUM memakai cincin suasa bagi orang lelaki adalah HARAM kerana ia diperbuat daripada emas yang bercampur dengan logam lain. Samalah seperti haramnya lelaki memakai emas putih sekalipun emas putih itu bukan 100% diperbuat daripada emas.."

Kata Imam Nawawi dalam kitab Syarah Muslim yg bermaksud:

"Emas itu adalah haram atas lelaki memakainya samaada emasnya sedikit atau banyak.."

Syeikh Abd Qadir Al-Mandili menyebut dalam fatwanya :

"Dan adalah suasa itu haramlah bagi kaum lelaki memakainya.."


7 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Mummy Nuyin berkata…
salam.terima kasih ats info..mtk share dlm blog sy blh?
EgStories berkata…
MamaZafeera , Cebisan Artikel Insani Demi Dakwah Islami. Di sini semuanya percuma, gratis, free, untuk dishare-dicopy-didownload.
Mummy Nuyin berkata…
thanks...sharing is caring
Nurhasliza Nordin berkata…
Terima kasih untuk info ni. :)
CeritaSekupang berkata…
info yang berguna...terima kasih kongsi...
Zulfadly berkata…
semalam pon rasanyer ada terdengar dalam show ustz don tu, thx for d info
Awan Nano berkata…
great info..i know oredy..ngee~~
Terbaru Lebih lama