Kekerapan hujan yang melanda Pulau Pinang sejak akhir-akhir ini, telah menyebabkan antibodi tuan blog kurang sihat dimana akhirnya tuan blog terkena demam selsema. Walaupun dalam keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan, tuan blog tetap ke pejabat seperti biasa kerana lambakan tugasan yang perlu di selesaikan sebelum hujung bulan tiba.
Tersangkut di dalam kesesakan lalulintas saban pagi adalah perkara biasa bagi tuan blog. Pelbagai kerenah pemandu dapat di lihat ketika kenderaan hanya mampu bergerak selaju 20km/jam.
Ada yang layan radio, ada yang layan cd, ada yang layan ceramah agama (tuan blog lah tu..mana tahu dapat idea untuk menulis selain menambah ilmu agama...). Namun satu jer yang tuan blog TIDAK gemar apabila ketika tuan blog sedang menikmati udara segar di pagi hari, tiba-tiba terhidu asap rokok. Terus tutup cermin kereta. On aircond. Demam semula pun demamlah. Itu lebih baik dari saya terpaksa menghidu asap rokok!