Kawan-kawan sekampus dan kawan-kawan setempat kerja pula adalah teman-teman kerana keperluan. Setiap semester, kawan-kawan akan berkurang atau bertambah. Apabila kita melanjutkan pelajaran, kawan-kawan sekampus juga berubah. Kawan-kawan setempat kerja pula tidak ramai yang kekal lama. Apabila beralih tempat bertugas, kita akan meninggalkan sekumpulan kawan-kawan untuk bertemu dengan sekumpulan kawan-kawan baru.
Dan, kawan-kawan saya yang paling ramai ialah kawan-kawan di alam siber. Sebahagian besar daripada mereka tidak saya kenali pun. Dia atau saya akan memohon untuk jadi kawan dan kami akan jadi kawan. Apabila terserempak di alam siber, kami akan bertegur sapa. Setelah itu, kami tidak akan bertemu lagi. Malah, kami tidak kisah dan teringat pun siapakah dia kecuali andainya kami berpeluang untuk bertemu di alam nyata. Tetapi, apa perlunya untuk mengenali lebih dekat kerana status kawan di alam siber memang ringkas, santai dan sekejap ada dan sekejap tiada.
Best friend forever adalah kawan ketika susah dan senang. Dia tidak segan silu untuk mengkritik atau memuji. Membela dan melindungi ketika orang lain memandang serong kepada kita. Dia akan datang sebaik sahaja kita menyebut namanya. Dan dia akan pergi apabila dia tahu kita sudah berada di dalam keadaan selamat tanpa perlu mengucapkan selamat tinggal.
GreenAppleKu : Ehm, bolehkah seorang perempuan dan seorang lelaki menjadi BFF ?
tapi tak seswai jika BFF antara lelaki ndan pempuan yang sudah berumah tangga.. takut di salahtafsirkan
Mungkin BFF tu still boleh maintain status mereka tapi apa pula rasa d hati pasangan mereka yer ?
just my 2 cents...:-)
visit http://way2healthynbeauty.blogspot.com/2011/08/di-antara-fatwa-dan-takwa