And no matter what i do i feel the pain,
with or without you...
Andai sudah begitu jadinya, dimana hari demi hari yang dilalui bersama penuh dengan rasa sakit di hati, hilang kepercayaan pada sidia dan tiada tanda-tanda hubungan ini akan pulih, rasanya lebih baik letakkan titik noktah.
Siapa tahu, akan bertemu kebahagian setelah perpisahan.
Hidup ini terlalu indah. Jangan cemarkan keindahan ini di sebabkan oleh sidia yang tidak tahu menghargai anda. Anda merasakan itu adalah petanda berakhirnya dunia ini. Sila jangan bersikap sedemikian.
Lihat ke langit. Ada awan biru yang menenangkan. Ada awan kelabu yang menandakan hari hendak hujan. Hujan menyejukkan bumi yang sememangnya agak panas sejak kebelakangan ini. Selepas hujan, setelah awan kelabu berarak pergi, muncul pelangi yang begitu cantik dan menceriakan sesiapa yang memandang. Indah sungguh ciptaanNya.