Semalam aktiviti memborong barangan dapur bersama ibunda tercinta. Lokasi yang selalu menjadi pilihan adalah pasaraya besar. Kalau tidak ke TESCO, mesti ke MYDIN. Adakalanya ke TESCO lepas tu ke MYDIN. Sebabnya stok sesetengah barang yang di cari dah 'sold out' di TESCO, sebab tu terpaksa ke MYDIN. Tak salah rasanya melayan kerenah ibunda tercinta setiap sebulan sekali. :)
Baik di TESCO mahupun MYDIN, suasana berhari raya jelas dapat di lihat. Deretan baju raya untuk dewasa dan kanak-kanak, menjadi tumpuan ramai. Ada ibubapa yang mengambil langkah bijak dengan membeli sepersalinan baju raya untuk anak yang asyik berlari satu pasaraya. Main sorok-sorok di celah-celah rak baju. Ada juga yang kena tarik telinga. Hehe..
Kuih raya, pelita raya, kad raya, sampul duit raya, balang kuih raya, lampu raya lip-lap lip-lap dan pelbagai lagi kelengkapan dapat di lihat dan ini menyemarakkan lagi rasa gembira untuk menyambut hari raya.
Ikan bilis, papadom, perencah nasi beriani, perencah nasi tomato, susu cair, kurma dan bla bla bla telah masuk ke dalam troli. Persiapan santapan untuk di makan ketika berbuka puasa nanti.
Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, ketika melalui lokasi bazaar ramadhan, kelihatan khemah untuk jualan sedang giat di dirikan. Ada satu lokasi tu, saya lihat telah lengkap deretan khemah didirikan berserta meja para peniaga.
Tidak kurang hebatnya dengan persiapan dari pihak hotel. Banner besar di gantung di hadapan pintu masuk ke hotel. Tertera di banner tersebut, dewasa RM 35, kanak-kanak RM25.
Niat berpuasa dah semak ker ? Mari bersama menghafal lafaz niat puasa. Terima kasih kepada Jejaka Terhangat untuk lafaz niat puasa.
Lafaz niat puasa Ramadhan untuk sebulan:
Lafaz niat: “Nawaitu souma syahri ramadhana kullihi lillahi taala.”
Niat: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan seluruhnya kerana Allah Taala
Lafaz niat puasa Ramadhan harian (setiap hari):
Lafaz niat: “Nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa”
Niat: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala
Waktu berniat
Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, iaitu masuk waktu solat fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh).
Selamat berpuasa untuk semua umat Islam. Puasa bukan sekadar menahan makan dan minum tapi mata, tangan, kaki, mulut dan hati turut sama terlibat dan perlu di jaga sepanjang bulan puasa nanti.
harap2 kita tak terlalu taksub dengan persiapan raya sampai lupakan manfaat yg boleh kita kumpulkan sepanjang bulan Ramadhan ni..
Selamat berpuasa untuk cik GreenAppleKu dan jugak semua pembaca blog ni.=)
selamat menyambut Ramadan al-Mubarak ya.. semoga diri mu, diriku dan kita semua mendapat sejuta keampunan di bulan penuh keberkatan ini. amin
Selamat Berpuasa buat seisi keluarga..semoga kita dapat meningkatkan ibadah kita di bulan yang mulia ini dan semoga ibadah kita diterima Allah S.W.T. Amin..:-)
Bangun awal pagi satu hal, beratur lagi. Nak pula tetiba ada yang potong barisan, rasa cam nak amuk jer kat situ. Tapi bila memikirkan mereka senior kita, cancel. Hormat punya pasal. Grrr...
Selamat menyambut bulan ramadhan 2011 juga.
Semoga Bulan ini segala ibadah kita dipermudahkan Allah dan rezeki kita akan lebih diberkati. jangan lupa bayar Zakat ya.
Terbaru dari Logokoko:
[U] MRT Logo Contest: Hadiah Utama = RM10,000!
[U] PM = Prime Minister = Menteri Perdana
[U] Jangan marah-marah, nanti kena jual!