Saya akui bahawa kami adalah sebuah keluarga walaupun tanpa pertalian darah. Keakraban kami tidak dapat di sangkal lagi bila pada suatu hari, kami satu suara bersetuju untuk memakai baju tema hitam pada hari isnin, merah pada hari selasa dan begitulah seterusnya. Sehinggakan big bos geleng kepala dengan gelagat kami.
" Up to you all, asalkan kerja siap." Big bos memang seorang yang hamble, understanding dan yang paling utama, amat menjaga waktu solat. Kami di tegur umpama anak-anaknya. Bapa mana yang tidak pening jika punya anak-anak yang seperti gambar di atas. :)
Namun kenangan indah itu akan kekal menjadi kenangan indah yang tersemat di dalam memori. Bulan ini, dua daripada team kami terpaksa mengucapkan selamat tinggal. Seorang menyambung pelajaran dan seorang lagi berhijrah mengikut isteri.
Kepada dua orang team kami yang berada di belakang tu, yang memang tidak tahu bergambar secara normal sebab ada saja aksi mereka, saya mengucapkan selamat menjalani kehidupan baru. Kenang kami dalam doa kalian.
Andai punya masa lapang, pintu pejabat sentiasa terbuka untuk kalian. Jangan lupa bawa KFC ketika datang melawat kami ye.
Nota : Susah hendak mencari rakan sepejabat yang satu kepala dan paling penting, menghargai sahabat yang lain. Oh ya, ada jawatan kosong untuk pembantu teknikal jurusan senibina di HQ, Penang. Jika ada yang berminat, sila tinggalkan pesanan di ruang komen yer.
nak tanya, kak kejer mana? mcm firm arkitek je?hehe